UOCN (Tulisan Cina Tradisi: 中國泛藍聯盟; Tulisan Cina Mudah: 中国泛蓝联盟; singkatan Union of Chinese Nationalist atau "Kesatuan Nasionalis Cina") ialah sebuah pertubuhan politikInternetChina yang telah ditubuhkan pada Ogos2004. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai pan-blue, ahli terbuka pertubuhan ini mempunyai 4000 orang lebih, kebanyakan terdiri daripada golongan pemuda, dan mereka menggelarkan diri sebagai ahli Kuomintang. Objektif utama UOCN adalah untuk mempropaganda ideologi Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i), menyebarkan pengalaman demokrasi Taiwan, demi misi pergabungan semula antara China dan Taiwan secara aman.