USS_Carl_Vinson
USS_Carl_Vinson

USS_Carl_Vinson

USS Carl Vinson (CVN-70) adalah kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz ketiga dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena dengan nama Carl Vinson, seorang ahli kongres yang berasal daripada Georgia, bagi menghargai sumbangan beliau kepada Tentera Laut A.S. Kapal ini telah dilancarkan pada tahun 1980, dan melakukan pelayaran sulungnya pada tahun 1983, dan menjalani proses penukaran bahan api dan penyelenggaraan antara tahun 2005 dan 2009. Nama panggilan Carl Vinson adalah "Gold Eagle".Selain diaturgerak dalam misi-misi Operasi Desert Strike, Operasi Pembebasan Iraq, Operasi Southern Watch, dan Operasi Enduring Freedom, Carl Vinson juga telah terlibat dalam beberapa peristiwa penting. Jenazah Osama bin Laden telah dikebumikan di laut pada tahun 2011 dari dek Carl Vinson, dan pada tahun yang sama di Hari Veteran, ia menjadi tuan rumah bagi pertandingan bola keranjang NCAA pertama di atas kapal pengangkut pesawat, di antara North Carolina dan Michigan State.

Rujukan

WikiPedia: USS_Carl_Vinson http://blogs.amctv.com/movie-blog/2012/08/story-no... http://www.gearadrift.com/navy-forums/index.php http://www.maritimequest.com/warship_directory/us_... http://www.navysite.de/cvn/cvn70.html http://www.history.navy.mil/danfs/c3/carl_vinson.h... http://www.history.navy.mil/shiphist/c/cvn-70/1982... http://www.history.navy.mil/shiphist/c/cvn-70/1983... http://www.history.navy.mil/shiphist/c/cvn-70/1984... http://www.history.navy.mil/shiphist/c/cvn-70/1985... http://www.history.navy.mil/shiphist/c/cvn-70/1986...