Ubat
Ubat

Ubat

Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.