Ubuntu
Ubuntu

Ubuntu

Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian, memetik namanya sempena ideologi etika Afrika Selatan iaitu Ubuntu ("kemanusiaan untuk semua")[2] dan diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara utama pada Komputer peribadi walaupun terdapat juga versi Pelayan.Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan dengan lesen perisian bebas (atau sumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialah Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama dengan Lesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya. Ubuntu ditaja oleh syarikat Canonical Ltd. yang bertapak di UK, milik usahawan Afrika Selatan, Mark Shuttleworth. Dengan memastikan Ubuntu kekal percuma dan bersumber terbuka, Canonical mampu menggunakan bakat para pembangun komuniti di komponen-komponen juzuk Ubuntu. Ubuntu tidak dijual untuk keuntungan semata-mata, sebaliknya Canonical meraih pendapatan dengan menjual sokongan teknikal dan mencipta sebilangan perkhidmatan yang berkaitan dengan Ubuntu.

Ubuntu

Syarikat / Pembangun Canonical Ltd. / Yayasan Ubuntu
Keadaan Semasa
Pengurus pakej dpkg (terdapat bahagian depan seperti Synaptic)
Jenis inti Monolit (Linux)
Keluaran asal 20 Oktober 2004
Laman sesawang www.ubuntu.com
Keluarga OS Ala Unix
Versi stabil terkini 12.04 (Precise Pangolin) (26 April 2012; 7 tahun yang lalu (2012-04-26)[1])
Bahasa yang ada Lebih 55 bahasa
Antara muka pengguna lalai GNOME,KDE(KUbuntu),Xfce(XUbuntu),LXDE(LUbuntu)
Model sumber Perisian bebas dan sumber terbuka
Userland GNU
Kaedah pengemaskinian APT (terdapat bahagian depan)
Pelantar disokong IA-32, x86-64, lpia, SPARC, PowerPC, ARM, IA-64
Lesen Terutamanya GNU GPL, pelbagai lesen lain

Rujukan

WikiPedia: Ubuntu http://melayubuntu.blogspot.com http://news.cnet.com/8301-13580_3-9950552-39.html http://www.desktoplinux.com/cgi-bin/survey/survey.... http://www.desktoplinux.com/cgi-bin/survey/survey.... http://www.desktoplinux.com/news/NS8335306746.html http://www.easy-ubuntu-linux.com/ubuntu-feisty-ins... http://www.easy-ubuntu-linux.com/ubuntu-installati... http://www.eweek.com/c/a/IT-Infrastructure/Ubuntu-... http://ianmurdock.com/debian/ubuntu-vs-debian-repr... http://www.infoworld.com/t/platforms/best-open-sou...