Ugly_Betty
Ugly_Betty

Ugly_Betty


Ugly Betty merupakan pemenang Anugerah Golden Globe Award dan v yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS). Drama ini dterajui oleh America Ferrera, Vanessa Williams, dan Eric Mabius. Pertama kali keudara adalah pada 28 September 2006, menerusi ABC di AS. Drama komedi ini lebih tertumpu kepada kisah harian antara Betty Suarez (lakonan Ferrera) dan majikannya, Daniel Meade (Mabius). Drama ini adalah adaptasi dari telenovela latin, Yo soy Betty, la fea[1] hasil karya Fernando Gaitán (juga penulis untuk Café, con aroma de mujer). Ugly Betty diadaptasikan dengan merujuk kepada suasana New York oleh Silvio Horta dan Salma Hayek selaku penolong penerbit dan Ben Silverman. Selain bergerak selaku penolong penerbit, Salma Hayek turut memegang watak sebagai Sofia Reyes dalam drama komedi ini.

Ugly_Betty

Bahasa Bahasa Inggeris
Negara asal  Amerika Syarikat
Penerbit eksekutif Salma Hayek, Silvio Horta, Ben Silverman
Format gambar 480i (SDTV),
720p (HDTV)
Penggubah lagu tema Jeff Beal
Tempoh siaran 60 min
Lokasi New York, AS & Los Angeles, California, AS
Siaran asal 28 September 2006 – Kini
Pencipta Fernando Gaitán
Bilangan episod 23
Dibintangi oleh America Ferrera
Eric Mabius
Alan Dale
Tony Plana
Ana Ortiz
Ashley Jensen
Becki Newton
Mark Indelicato
Rebecca Romijn
Vanessa Williams
Michael Urie
Genre Dramedy
Bilangan musim 1
Saluran asal ABC
Dibangunkan oleh Silvio Horta