Ujian_senjata_nuklear
Ujian_senjata_nuklear

Ujian_senjata_nuklear

Ujian senjata nuklear ialah eksperimen yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan, hasil, dan keupayaan peletupan senjata nuklear. Sepanjang abad ke-20, kebanyakan negara pembangun senjata nuklear membuat ujian ke atas senjata tersebut yang boleh memberikan maklumat mengenai fungsi senjata-senjata ini, sifat senjata di bawah pelbagai keadaan serta keadaan pengendali, struktur, dan peralatan apabila didedahkan kepada letupan nuklear. Ujian yang dilakukan sering digunakan sebagai penunjuk kekuatan saintifik dan tentera serta banyaknya bertujuan politik terang-terangan; kebanyakan negara-negara yang mempunyai senjata nuklear secara terbukanya menyatakan status pemilikan senjata sebegini melalui ujian nuklear.Pada tahun 1963, tiga (UK, AS dan Kesatuan Soviet) perempat negara pengeluar senjata nuklear serta banyak negara lain menandatangani Perjanjian Pengharaman Ujian Terhad menahan daripada menguji senjata nuklear dalam atmosfera, air, atau di angkasa lepas, namun ujian bawah tanah masih dibenarkan. Perancis terus menjalankan ujian letupan atmosferanya sehingga tahun 1974 manakala China pula menghentikan ujian pada 1980, tetapi kedua-dua negara ini tidak menandatangani perjanjian ini.[1]