Ukit
Ukit

Ukit

Ukit merupakan sebuah suku kaum yang ditemui di Sarawak, Malaysia. Mereka merupakan masyarakat minoriti kecil yang tinggal secara nomad dalam hutan hujan di Borneo. Terdapat juga di kalangan mereka yang menetap di Batang Balui atau Sungau Balui. Kebanyakan masyarakat Ukit boleh ditemui di Sungai Rajom dan Sungai Tatau di Baleh, Sarawak. Orang Ukit juga dianggap sebagai sub-kumpulan orang Klemantan.[2]Populasi orang Ukit adalah kecil dan mengalami kepupusan disebabkan ramai yang dibunuh suatu masa dahulu. Kekalahan besar melalui perang dengan suku kaum Dayak di Borneo (termasuklah Iban, Kayan dan sebagainya) telah menyebabkan mereka telah dihalau keluar dari tanah mereka (dipercayai di bahagian Saribas, Klaka dan Krian). Perkahwinan campur dengan suku kaum lain juga dipercayai punca penurunan populasi Ukit. Hari ini, populasi Ukit dipercayai sekitar 120 orang sahaja. Walau bagaimanapun, dipercayai masih terdapat jumlah Ukit yang tidak diketahui yang hidup secara nomad dalam hutan.