Ulama

Sebahagian siri
Usul al-fiqh
Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.