Biologi Ular

Seekor Leptotyphlops carlae dewasa di atas syiling 25 sen Amerika Syarikat.

Saiz

Ular Titanoboa cerrejonensis yang kini pupus didapati mencapai panjang 12–15 meter (39–49 ka). Sebagai perbandingan, ular terbesar yang masih wujud ialah ular sawa yang menjangkau kepanjangan 9 meter (30 ka), dan anakonda yang berukuran sekitar 7.5 meter (25 ka)[22] dan dianggap sebagai ular yang paling berat di Bumi.

Sebaliknya, ular terkecil yang masih wujud ialah Leptotyphlops carlae, dengan panjang sekitar 10 sentimeter (4 in).[23] Kebanyakan ular merupakan haiwan yang agak kecil, dengan panjang kira-kira 1 meter.[24]

Deria

BauUlar menggunakan deria bau untuk mengesan mangsa. Ular menghidu dengan menggunakan lidah bercabangnya untuk mengumpul zarah dalam udara untuk disalurkan kepada organ vomeronasal atau organ Jacobson dalam mulut untuk diuji.[25] Cabang dalam lidahnya memberikan ular suatu deria rasa dan arah serentak.[25] Ular menggerak-gerakkan lidah untuk mengambil zarah daripada udara, tanah dan air, menganalisis bahan-bahan kimia yang ditemui, dan menentukan kehadiran mangsa atau pemangsa dalam persekitaran setempat. Bagi ular yang hidup dalam air seperti anakonda, lidahnya berfungsi dengan cekap sekali di dalam air.[25]PenglihatanDaya penglihatan ular berbeza-beza sekali, baik yang sekadar mampu membezakan yang cerah dengan yang gelap, mahupun yang tajam sekali, tetapi kebiasaannya daya penglihatan ular memadai mahupun tidak tajam, sekadar cukup untuk mengesan pergerakan.[26] Umumnya, ular yang hidup di atas pokok yang paling baik penglihatannya, sementara ular yang menggali tanah pula paling lemah. Sesetengah ular, seperti ular lidi (genus Ahaetulla), mempunyai penglihatan dwimata, iaitu kedua-dua mata mampu menumpu pada satu titik yang sama. Kebanyakan ular memfokus dengan menggerak-gerakkan lensa secara ulang alik mengikut retina, sementara dalam kelompok amniot yang lain, kantanya diregangkan.Imej ular memakan tikus dalam termografKepekaan inframerahUlar kapak, ular sawa, dan sesetengah jenis ular boa memiliki saraf penerima peka inframerah dalam alur-alur yang terdapat pada muncungnya untuk membolehkannya "melihat" haba yang dipancarkan oleh mangsa mamalia yang berdarah panas. Bagi ular kapak, alur-alur itu terletak di antara lubang hidung dan mata, iaitu di dalam "lubang" di setiap sebelah kepalanya. Ular-ular peka inframerah yang lain memiliki lubang yang lebih kecil pada bibir atas, di bawah lubang hidung sahaja.[25]Kepekaan getaranAnggota badan yang bersentuhan dengan tanah amat peka pada getaran. Oleh itu, ular boleh mengesan kehadiran haiwan lain dengan mengesan getaran yang halus di udara dan di atas tanah.[25]

Kulit

Kulit ular dilitupi dengan sisik yang licin dan kering. Kebanyakan ular menggunakan sisik perut khas untuk bergerak dengan mencengkam permukaan. Sisik badan ular ini ada yang licin, berlunas, mahupun berbutir-butir. Kelopak mata ular merupakan sisik "cermin mata" lutsinar yang kekal tertutup buat abadi, juga dipanggil brille. Mata ular sentiasa terbuka; sewaktu tidur, retina boleh ditutup, atau muka disembamkan dalam lipatan badan.

Sisik mata kelihatan sewaktu ular menyalin kulit.

Salin kulit

Tabiat ular menyalin kulit dikenali sebagai ekdisis. Dalam proses ini seluruh lapisan luar kulit disalin dalam satu lapisan.[27] Sisik ular tidaklah diskret, sebaliknya merupakan sambungan epidermis, maka sisik ular tidak disalin secara berasingan tetapi sebagai satu lapisan luar yang lengkap setiap kali ular bersalin kulit, umpama stoking yang diterbalikkan.[28]

Bersalin kulit itu ada beberapa tujuannya. Pertama, kulit yang lama dan lusuh diganti; kedua, ini membantu membasmi parasit seperti hama dan kutu. Pembaharuan kulit secara menyalin sewajarnya membolehkan pertumbuhan bagi sesetengah haiwan seperti serangga; akan tetapi, hal ini diragui dalam hal ular.[28][29]

Ular menyalin kulit.


Penyalinan berlaku secara berkala sepanjang hayat ular. Sebelum bersalin kulit, ular berhenti makan dan sering bersembunyi atau beralih ke tempat yang selamat. Sebaik sahaja sebelum disalin, kulit menjadi lusuh dan kering, sementara mata menjadi kabur atau kebiruan. Permukaan dalam kulit lama mencair. Ini menyebabkan kulit lama berpecah dari kulit baru di sebaliknya. Selepas beberapa hari, mata kembali jernih sementara ular itu "merayap" keluar dari kulit lamanya. Kulit yang lama pecah dekat mulut dan ular itu menggeliang-geliut keluar dengan berbantukan tindakan menggeser-geser di permukaan keras. Selalunya, kulit yang dilupuskan itu terkelupas ke belakang sepanjang badan dari kepala ke ekor dalam keadaan seelok-eloknya, umpama menarik stoking hingga dalam luarnya terbalik. Maka terbentuknya selapis kulit yang baru, lebih besar dan berseri di bawah kulit lama itu.[28][30]

Ular yang lebih tua boleh menyalin kulitnya hanya sekali dua dalam setahun, sementara ular yang muda dan masih membesar boleh menyalin sehingga empat kali setahun.[30] Kulit yang terbuang ini memberikan kesan corak sisik yang sempurna, oleh itu selalunya kita boleh mengenal pasti spesies ular jika kulit terbuang itu cukup elok.[28] Pembaharuan berkala ini menjadikan ular sebagai lambang penyembuhan dan perubatan, seperti yang digambarkan dalam Tongkat Asklepios.[31]

Rangka

Apabila dibandingkan, rangka ular jauh berbeza dengan rangka kebanyakan reptilia lain (seperti kura-kura, kanan), iaitu hampir keseluruhannya sangkar rusuk yang panjang.

Rangka kebanyakan ular terdiri daripada tengkorak, hioid, turus vertebra, dan rusuk, sementara ular Henophidia mengekalkan saki-baki pelvis dan kaki belakang.

Tengkorak ular terdiri daripada tempurung otak yang pejal dan lengkap, dan bercantum dengan kebanyakan tulang-tulang lain secara longgar, terutamanya tulang rahang yang amat mudah digerakkan untuk memudahkan manipulasi dan pemakanan bahan mangsa yang besar. Sisi kiri dan kanan rahang bawah hanya tercantum oleh ligamen yang anjal di hujung-hujung hadapan supaya boleh dipisahkan luas-luas, sementara hujung belakang tulang rahang rendah berartikulasi dengan tulang kuadrat untuk membolehkan mobiliti selanjutnya. Tulang-tulang mandibel dan kuadrat juga boleh merasai getaran dalam tanah.[32] Oleh sebab kedua-dua belah rahang boleh bergerak secara berasingan dari satu sama lain, ular-ular yang merehatkan rahang di atas permukaan mempunyai pendengaran stereo peka yang boleh mengesan kedudukan mangsa. Laluan rahang-kuadrat-rakap mampu mengesan getaran pada skala angstrom biarpun ketiadaan telinga luaran serta mekanisme pemadanan galangan osikel yang digunakan oleh vertebrat lain untuk menerima getaran dari udara.[33][34]

Tulang hioid merupakan tulang kecil yang terletak di belakang dan ventral tengkorak, iaitu di kawasan 'leher', sebagai lekatan untuk otot-otot lidah ular, sama seperti dengan haiwan berkaki empat.

Turus vertebra terdiri daripada 200 hingga 400 vertebra (atau lebih). Vertebra ekor agak sedikit bilangannya (biasanya kurang daripada 20% jumlahnya) dan tiada rusuk, sementara setiap vertebra badan berartikulat dua batang rusuk. Vertebra-vertebra ini mempunyai unjuran yang membolehkan percantuman otot yang kuat untuk membolehkan gerak alih tanpa kaki.

Autotomi ekor jarang sekali terdapat dalam ular.[35] Bagi yang ada pun, autonomi ini berupa intervertebra, iaitu patahan berlaku di sepanjang satah retak tertentu yang ada dalam vertebra.[36][37]

Dengan sesetengah ular, terutamanya boa dan ular sawa, terdapat saki-baki kaki belakang dalam bentuk sepasang susuh pelvis. Bonjolan kecil seakan cakar ini di setiap sisi kloaka merupakan bahagian luaran rangka bersaki kaki belakang yang merangkumi tinggalan ilium dan femur.

Organ dalaman

Anatomi ular. 1 esofagus, 2 trakea, 3 paru-paru trakea, 4 paru-paru kiri rudimen, 5 paru-paru kanan, 6 jantung, 7 hati, 8 perut, 9 pundi udara, 10 pundi hempedu, 11 pankreas, 12 limpa, 13 usus, 14 testikel, 15 ginjal.

Jantung ular terkurung dalam pundi yang dipanggil perikardium yang terletak di percabangan bronkus. Namun begitu, jantung masih boleh bergerak-gerak kerana tiadanya diafragma. Kelainan ini melindungi jantung daripada menerima kerosakan apabila mangsa dimakan yang besar disalurkan melalui esofagus. Limpa bersambung dengan pundi hempedu dan pankreas untuk menapis darah. Kelenjar timus terletak dalam tisu berlemak di atas jantung dan berfungsi menghasilkan sel-sel keimunan dalam darah. Sistem kardiovaskular ular juga unik kerana terdapatnya sistem portal renal yang mana darah dari ekor ular melalui buah pinggang sebelum kembali ke jantung.[38]

Bekas paru-paru kiri lazimnya kecil ataupun tiada, kerana tubuh ular yang berbentuk tiub memerlukan semua organ lain berbentuk panjang dan tirus.[38] Bagi kebanyakan besar spesies, hanya sebelah paru-paru berfungsi. Paru-paru ini mengandungi bahagian hadapan pernafasan dan bahagian belakang yang tidak berfungsi dalam pertukaran gas.[38] 'Paru-paru kantung' ini digunakan untuk tujuan-tujuan hidrostatik untuk melaras keapungan untuk sesetengah ular air, tetapi fungsinya masih tidak diketahui bagi ular daratan.[38] Kebanyakan organ yang berpasangan seperti buah pinggang atau organ pembiakan disusun bertingkat-tingkat dalam badan, iaitu sebelah terletak di hadapan sebelah lagi.[38]

Ular tiada nodus limfa.[38]

Bisa

Ular susu sering disilap sangka sebagai ular karang yang bisanya membahayakan manusia.

Ular tedung, ular kapak, dan spesies-spesies yang sebagainya menggunakan bisa untuk melumpuhkan atau membunuh mangsa. Bisa itu merupakan air liur terubah suai yang disampaikan melalui siungnya.[5]:243 Siung ular berbisa yang "maju" seperti ular kapak dan ular tedung berongga untuk menyuntikkan bisa dengan lebih berkesan, sementara siung ular bersiung belakang seperti Dispholidus typus sekadar mempunyai alur di hujung depan untuk menyalurkan bisa ke dalam luka. Keberkesanan bisa ular lazimnya tertakluk pada spesies mangsa—peranannya dalam pertahanan diri sekadar sampingan.[5]:243

Seperti semua rembesan ludah, bisa merupakan bahan prapencerna yang memulakan pemecahan makanan kepada sebatian boleh larut untuk memudahkan pencernaan yang betul. Malah patukan ular yang tidak berbisa (seperti mana-mana gigitan haiwan) boleh menyebabkan kerosakan tisu.[5]:209

Sesetengah jenis burung, mamalia mahupun ular lain (seperti ular raja) yang memangsai ular berbisa telah mengembangkan pertahanan dan juga keimunan terhadap bisa-bisa tertentu.[5]:243 Ular berbisa merangkumi tiga famili ular, dan tidak membentuk sebuah kelompok pengelasan rasmi untuk bidang taksonomi.

Istilah ular beracun secara umumnya tidak tepat. Racun disedut atau ditelan, sementara bisa disuntik.[39] Tetapi terdapat dua kekecualian: Rhabdophis mengasingkan toksin daripada katak puru yang dimakannya, kemudian merembeskan racun itu dari kelenjar nuka untuk menghindarkan pemangsa, sementara sebilangan kecil ular getah cerut di negeri Oregon, A.S., menyimpan toksin daripada mangsa neut yang cukup di dalam hati supaya cukup beracun kepada pemangsa setempat (seperti burung gagak dan rubah).[40]

Bisa ular merupakan campuran protein yang kompleks dan disimpan dalam kelenjar racun di belakang kepala.[40] Dengan semua ular beracun, kelenjar-kelenjar ini membuka melalui duktus ke dalam gigi yang beralur atau berongga di rahang atas.[5]:243[39] Protein-protein ini boleh terdiri daripada campuran neurotoksin (yang menyerang sistem saraf), hemotoksin (yang menyerang sistem peredaran), sitotoksin, bungarotoksin dan bermacam-macam lagi toksin yang menjejaskan badan dengan pelbagai cara.[39] Hampir semua bisa ular mengandungi hialuronidase, sejenis enzim yang memastikan bisa dibaurkan dengan cepat.[5]:243

Ular-ular berbisa yang menggunakan hemotoksin biasanya bersiung di bahagian depan mulut supaya mudah untuk menyuntikkan bisa ke dalam mangsa.[39] Sesetengah ular yang menggunakan neurotoksin (seperti ular cincin emas) mempunyai siung yang terletak di belakang mulut dan bergulung ke belakang.[41] Oleh itu, adalah sukar untuk ular menggunakan bisanya dan untuk ahli sains memerahnya.[39] Namun demikian, ular-ular Elapidae seperti ular tedung dan ular katam tebu mempunyai siung berongga yang tidak boleh ditegakkan ke hadapan mulut, dan oleh itu tidak boleh "menusuk" seperti ular kapak. Oleh itu, ia mesti betul-betul menggigit mangsa.[5]:242

Pernah dihujahkan bahawa semua ular adalah berbisa pada takat-takat tertentu; ular yang tidak berbahaya memiliki bisa yang lemah dan tiada memiliki siung.[42] Apapun, kebanyakan ular yang kini berlabel "tidak berbisa" masih dianggap tidak berbahaya mengikut teori ini, kerana kekurangan kaedah penyampaian bisa ataupun tidak mampu menyampaikan bisa yang cukup untuk membahayakan manusia. Teori ini menganjurkan bahawa ular-ular mungkin telah berevolusi daripada sejenis leluhur yang berupa reptilia berbisa dan mungkin juga menurunkan biawak Gila dan biawak benggala.

Ular berbisa digolongkan kepada dua famili taksonomi:

Terdapat sebuah famili ketiga yang mengandungi ular-ular bersiung belakang (dan juga majoriti spesies ular yang lain):

Pembiakan

Biarpun menggunakan pelbagai kaedah pembiakan, namun semua ular mengamalkan persenyawaan dalaman. Ini dilakukan dengan hemizakar (Inggeris: hemipenis) bercabang yang disimpan secara songsang dalam ekor ular jantan.[43] Hemizakar ini lazimnya beralur, bercangkuk atau berduri untuk mencengkam dinding kloaka ular betina.[43]

Kebanyakan spesies ular bertelur, tetapi kebanyakannya juga membiarkan telurnya sejurus selepas bertelur. Bagaimanapun, sebilangan kecil spesies (seperti ular tedung selar) sesungguhnya membina sarang dan tinggal dekat dengan anak-anak yang baru menetas selepas mengeram.[43] Kebanyakan ular sawa melingkari sangkak telurnya dan tinggal bersama telur-telurnya itu hingga menetas.[44] Ular sawa betina tidak sesekali meninggalkan telurnya, kecuali sewaktu berjemur di matahari atau minum air sekali-sekala. Ular sawa betina juga "menggigil" untuk menjana haba untuk mengeram telurnya.[44]

Sesetengah spesies ular menyimpan telur dalam badannya sehingga telur itu sedia untuk menetas.[45][46] Baru-baru ini, telah disahkan bahawa beberapa spesies ular hanya melahirkan anak daripada kandungan, seperti boa dan anakonda hijau, yang memberikan khasiat kepada anak-anak melalui uri dan juga kantung yolka, sesuatu yang agak pelik bagi reptilia, atau mana-mana sahaja haiwan selain ikan yu requiem atau mamalia beruri.[45][46] Pemeliharaan telur dan pelahiran hidup paling kerap dikaitkan dengan persekitaran yang lebih dingin, begitu juga dengan pembendungan anak-anak dalam tubuh ibu.[43][46]

Rujukan

WikiPedia: Ular http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://www.aucklandmuseum.com/349/natural-history-... http://www.cn939.com/tcm-article-read-4694.html http://www.fabuloustravel.com/gourmet/travel/cobra... http://books.google.com/books?id=BumyQJ14n8sC&pg=P... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2006-0... http://www.kingsnake.com/westindian/metazoa12.html http://www.mapress.com/zootaxa/2008/f/zt01841p030.... http://news.nationalgeographic.com/news/2002/04/04... http://www.nature.com/nature/journal/v440/n7087/ed...