Evolusi Ular

Gambaran keseluruhan kelompok maujud secara filogen
Ular moden
Scolecophidia

Leptotyphlopidae


 

Anomalepididae



Typhlopidae




Alethinophidia

Anilius


Alethinophidia teras
Uropeltidae

Cylindrophis


 

Anomochilus



Uropeltinae




Macrostomata
Pythonidae

Pythoninae



Xenopeltis



Loxocemus



Caenophidia

Colubridae



Acrochordidae



Atractaspididae



Elapidae



Hydrophiidae



Viperidae



Boidae

Erycinae



Boinae



Calabaria




Ungaliophiinae




Tropidophiinae





Perhatian: salasilah ini hanya menunjukkan hubungan, bukan masa percabangan evolusi.[6]

Rekod fosil ular agak berkurangan kerana rangka ular biasanya kecil dan rapuh, oleh itu jarang mengalami pemfosilan. Fosil-fosil yang sedia ada boleh dicamkan sebagai ular (biarpun sering memelihara kaki belakang) mula-mula muncul dalam rekod fosil pada Usia Kapur.[7] Fosil-fosil ular terawal yang diketahui datang dari tapak-tapak di Utah dan Algeria, masing-masing diwakili oleh genus Coniophis dan Lapparentophis. Tapak-tapak fosil ini dipercayai bertarikh pada kala Albia atau Senomania pada akhir Zaman Batu Kapur, sekitar 112–94 juta tahun dahulu. Bagaimanapun, terdapat satu fosil dari tapak di Algeria yang dikatakan lebih lama, iaitu mungkin seawal kala Aptia, iaitu 125–112 juta tahun dahulu.[8]Berasaskan anatomi perbandingan, adalah dipersetujui bahawa ular diturunkan daripada cicak.[5]:11[9] Ular sawa dan boa—kelompok-kelompok primitif di kalangan ular moden—mempunyai saki-baki 'anggota kaki belakang', iaitu jari-jari halus bercakar yang dipanggil susuh dubur yang digunakan untuk mencekau ketika mengawan.[5]:11[10] Kelompok Leptotyphlopidae dan Typhlopidae turut memiliki saki girdel pelvis yang kadang-kadang kelihatan seperti juluran seakan-akan tanduk.

Semua ular yang diketahui tiada anggota kaki depan. Ini disebabkan oleh evolusi gen Hox yang mengawal morfogenesis anggota kaki. Rangka paksi yang terdapat pada leluhur sepunya ular-ular, seperti mana haiwan-haiwan tetrapod yang lain, mempunyai pengkhususan setempat yang terdiri daripada vertebra serviks (leher), torasik (dada), lumbar (pinggang), sakrum (pelvis), dan kaudal (ekor). Pada awal evolusi ular, ekspresi gen Hox dalam rangka paksi yang mencetuskan perkembangan toraks menjadi dominan. Justeru, kesemua vertebra di bahagian hadapan tunas anggota kaki belakang (apabila hadir) mempunyai identiti seakan-akan toraks (kecuali daripada tulang atlas, paksi, dan 1–3 vertebra leher). Dalam erti kata lain, sebahagian besar rangka ular merupakan toraks yang teramat panjang. Tulang rusuk hanya terdapat pada vertebra toraks. Vertebra leher, lumbar dan pelvis amat sedikit bilangannya (hanya terdapat 2–10 vertebra lumbar dan pelvis), sementara vertebra kaudal hanya tinggal sebatang ekor yang pendek. Namun demikian, ekor ini masih cukup panjang untuk berguna bagi kebanyakan spesies, dan mengalami pengubahsuaian bagi sesetengah spesies yang tinggal di dalam air atau di atas pokok.

Ular moden berpecah menjadi pelbagai jenis sewaktu zaman Paleosen, pada masa yang sama ketika mamalia menjalani penyebaran menyesuai ekoran kepupusan dinosaur (yang bukan unggas). Kelompok Colubridae agak banyak spesiesnya kerana memangsakan rodensia, satu kelompok mamalia yang amat berjaya.

Asal-usul

Asal-usul ular masih belum dipastikan. Terdapat dua hipotesis utama yang bersaing merebut penerimaan.

Hipotesis Cicak Mengorek Tanah

Terdapat bukti fosil yang membayangkan bahawa ular mungkin berevolusi daripada cicak yang mengorek tanah, seperti Varanidae (atau kelompok seumpamanya) sewaktu Usia Kapur.[11] Sejenis ular fosil terawal, Najash rionegrina, berupa haiwan mengorek berkaki dua dengan sakrum, yang hidup di daratan sahaja.[12] Leluhur ini boleh dianalogikan dengan biawak tanpa telinga, Lanthanotus, yang hidup di Borneo (biarpun ia juga hidup dalam air).[13] Spesies-spesies yang hidup di bawah tanah membentuk badan yang diperkemas untuk menggali, dan lama-kelamaan kehilangan kaki.[13] Menurut hipotesis ini, ciri-ciri seperti kelopak mata lutsinar yang terlakur serta kehilangan telinga luaran timbul untuk menangani kesulitan mengorek tanah seperti kornea tercalar dan kotoran masuk telinga.[11][13] Sesetengah ular primitif juga diketahui memiliki kaki belakang, tetapi tulang pelvisnya tidak tercantum secara terus dengan vertebra. Ini termasuk spesies-spesies fosil seperti Haasiophis, Pachyrhachis dan Eupodophis yang lebih tua sedikit berbanding Najash.[10]

Fosil Archaeophis proavus.Hipotesis Mosasaur Akuatik

Satu hipotesis alternatif yang berasaskan morfologi, berhujah bahawa leluhur ular mempunyai pertalian dengan mosasaur, iaitu reptilia hidupan air yang pupus dari zaman Batu Kapur yang dipercayai diturunkan daripada biawak purba.[9] Menurut hipotesis ini, kelopak mata lutsinar terlakur pada ular dipercayai berevolusi untuk mengatasi keadaan dalam laut (kehilangan air kornea melalui osmosis), sementara telinga luaran hilang kerana lapuk dalam persekitaran berair, maka hasilnya ialah haiwan yang menyerupai ular laut masa kini. Pada akhir Zaman Batu Kapur, ular kembali hidup di daratan dan terus berkembang menjadi ular-ular masa kini. Fosil ular purba didapati daripada endapan laut akhir Zaman Batu Kapur, dan oleh itu sejajar dengan hipotesis ini, lebih-lebih lagi lebih tua daripada Najash rionegrina yang hidup di daratan. Binaan tengkorak yang serupa, kaki yang diperkecil atau hilang, serta persamaan anatomi antara mosasaur dan ular mendatangkan korelasi klados yang positif, tetapi sesetengah ciri ini turut dikongsikan bersama biawak.

Kajian genetik baru-baru ini menunjukkan bahawa ular tidak begitu rapat pertaliannya dengan biawak seperti yang dipercayai dahulu, dan oleh itu tiada pertalian dengan mosasaur yang diusulkan sebagai leluhur ular dalam hipotesis ini. Bagaimanapun, banyak lagi bukti yang mengaitkan mosasaur dengan ular berbanding biawak. Cebisan-cebisan bangkai ular yang ditemui dari zaman Jurasik dan awal zaman Batu Kapur menandakan rekod fosil yang lebih dalam untuk kelompok-kelompok ini, yang mungkin boleh menyangkal kedua-dua hipotesis ini.

Rujukan

WikiPedia: Ular http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://www.aucklandmuseum.com/349/natural-history-... http://www.cn939.com/tcm-article-read-4694.html http://www.fabuloustravel.com/gourmet/travel/cobra... http://books.google.com/books?id=BumyQJ14n8sC&pg=P... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2006-0... http://www.kingsnake.com/westindian/metazoa12.html http://www.mapress.com/zootaxa/2008/f/zt01841p030.... http://news.nationalgeographic.com/news/2002/04/04... http://www.nature.com/nature/journal/v440/n7087/ed...