Taksonomi Ular

Semua ular moden dikelompokkan dalam suborder Serpentes mengikut taksonomi Linnaeus, sebahagian daripada order Squamata; namun kedudukan tepat ular dalam Squamata masih dipertikai.[2]

Serpentes terdiri daripada dua infraorder, iaitu Alethinophidia dan Scolecophidia.[2] Pemisahan ini berasaskan sifat-sifat morfologi serta keserupaan jujukan DNA mitokondrion. Alethinophidia juga boleh dipecahkan kepada Henophidia dan Caenophidia. Caenophidia terdiri daripada ular-ular "kolubroid" (Colubridae, Viperidae, Elapiidae, Hydrophiidae, dan Atractaspis) dan akrokordid, sementara famili-famili Alethinophidia yang lain terdiri daripada Henophidia.[16] Biarpun tidak wujud hari ini, namun Madtsoiidae, iaitu ular seakan-akan sawa gergasi yang hidup hingga sekitar 50,000 tahun dahulu di Australia, diwakili oleh genus-genus seperti Wonambi.

Timbulnya pelbagai perbahasan tentang systematics atau pengkanunan yang digunakan dalam kelompok ini. Misalnya, banyak sumber mengelaskan Boidae dan Pythonidae dalam satu keluarga, sementara ada juga yang memisahkan Elapidae dan Hydrophiidae (ular laut) atas sebab-sebab praktikal biarpun pertalian famili dan subfamili ini amat rapat.

Kajian molekul terkini menyokong monofili bagi klad-klad ular moden, Scolecophidia, Typhlopidae + Anomalepididae, Alethinophidia, Alethinophidia teras, Uropeltidae (Cylindrophis, Anomochilus, Uropeltinae), Macrostomata, Boidae, Pythonidae dan Caenophidiae.[6]

Famili

Infraorder Alethinophidia 15 famili
Famili[2]Pengarang takson[2]Genus[2]Spesies[2]Nama amTaburan geografi[17]
AcrochordidaeBonaparte, 183113Ular bintilDari India Barat dan Sri Lanka hingga kawasan tropika Asia Tenggara dan Filipina, ke selatan melalui gugusan kepulauan Indonesia/Malaysia hingga Timor, ke selatan melalui New Guinea hingga pantai utara Australia ke Pulau Mussau, Kepulauan Bismarck dan Pulau Guadalcanal di Kepulauan Solomon.
AniliidaeStejneger, 190711Ular karang palsuTropika Amerika Selatan.
AnomochilidaeCundall, Wallach, 199312Ular kepala dua kerdilSemenanjung Malaysia dan pulau Sumatera, Indonesia.
AtractaspididaeGünther, 18581264Asp mengorekAfrika dan Timur Tengah.[5][18][19]
BoidaeGray, 1825843BoaAmerika Utara, Tengah dan Selatan, Karibia, Eropah tenggara dan Asia Kecil, Afrika Utara, Tengah dan Timur, Madagascar dan Pulau Reunion, Semenanjung Arab, Asia Tengah dan Barat Daya, India dan Sri Lanka, Maluku dan New Guinea hingga Melanesia dan Samoa.
BolyeriidaeHoffstetter, 194622Ular rahang belahMauritius.
ColubridaeOppel, 1811304[3]1938[3]Ular biasaMeluas di semua benua kecuali Antartika.[20]
CylindrophiidaeFitzinger, 184318Ular kepala duaSri Lanka ke timur melalui Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Kepulauan Melayu ke sejauh timur Kepulauan Aru dekat pantai barat daya New Guinea. Juga ditemui di China selatan (Fujian, Hong Kong dan Pulau Hainan) dan di Laos.
ElapidaeBoie, 182761235ElapidDi daratan seluruh dunia, di kawasan tropika dan subtropika, kecuali di Eropah. Ular laut ditemui di Lautan Hindi dan Pasifik.[21]
LoxocemidaeCope, 186111Ular mengorek MexicoSepanjang lereng gunung Pasifik dari Mexico ke selatan hingga Costa Rica.
PythonidaeFitzinger, 1826826Ular sawaAfrika Bawah Sahara, India, Myanmar, China selatan, Asia Tenggara dan dari Filipina ke tenggara melalui Indonesia hingga New Guinea dan Australia.
TropidophiidaeBrongersma, 1951422Boa kerdilDari Mexico selatan dan Amerika Tengah, selatan hingga barat laut Amerika Selatan di Colombia, Ecuador dan Peru (Amazon), serta Brazil barat laut dan tenggara. Juga terdapat di Hindia Barat.
UropeltidaeMüller, 1832847Ular berekor perisaiIndia Selatan dan Sri Lanka.
ViperidaeOppel, 181132224Ular kapakAmerika, Afrika dan Eurasia.
XenopeltidaeBonaparte, 184512Ular kepala aruanAsia Tenggara dari Kepulauan Andaman dan Nicobar, ke timur melalui Myanmar ke China selatan, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Tanah Melayu dan Hindia Timur hingga Sulawesi, dan juga Filipina.


Infraorder Scolecophidia 3 famili
Famili[2]Pengarang takson[2]Genus[2]Spesies[2]Nama amTaburan geografi[17]
AnomalepidaeTaylor, 1939415Ular buta primitifDari selatan Amerika Tengah hingga barat laut Amerika Selatan. Populasi terserak di barat laut dan tenggara Amerika Selatan.
LeptotyphlopidaeStejneger, 1892287Ular buta lampaiAfrika, Asia barat dari Turki hingga barat laut India, di Pulau Socotra, dari barat daya Amerika Syarikat ke selatan melalui Mexico dan Amerika Tengah hingga Selatan, tetapi tiada di puncak Andes. Di sebelah Pasifik Amerika Selatan, ia terdapat sejauh ke selatan hingga pantai selatan Peru, dan di sebelah Atlantik pula sejauh Uruguay dan Argentina. Di Karibia, ia ditemui di kepulauan-kepulauan Bahamas, Hispaniola dan Antillen Kecil.
TyphlopidaeMerrem, 18206203Ular buta biasaKebanyakan kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia, terutamanya di Afrika, Madagaskar, Asia, kepulauan Pasifik, Amerika tropika dan Eropah tenggara.

Rujukan

WikiPedia: Ular http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://www.aucklandmuseum.com/349/natural-history-... http://www.cn939.com/tcm-article-read-4694.html http://www.fabuloustravel.com/gourmet/travel/cobra... http://books.google.com/books?id=BumyQJ14n8sC&pg=P... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2006-0... http://www.kingsnake.com/westindian/metazoa12.html http://www.mapress.com/zootaxa/2008/f/zt01841p030.... http://news.nationalgeographic.com/news/2002/04/04... http://www.nature.com/nature/journal/v440/n7087/ed...