Ultrabunyi
Ultrabunyi

Ultrabunyi

Ultrabunyi ialah gelombang suara dengan frekuensi yang lebih tinggi daripada had atas pendengaran manusia. Ultrabunyi tidak berbeza daripada bunyi 'normal' (boleh dengar) dari segi sifat fizikalnya, kecuali pada yang manusia tidak boleh mendengarnya. Had ini berbeza dari individu ke individu dengan kira-kira 20 kilohertz (20,000 hertz) pada remaja sihat. Peranti ultrabunyi beroperasi dengan frekuensi dari 20 kHz hingga ke beberapa gigahertz.Ultrabunyi digunakan dalam pelbagai bidang yang berbeza. Alat-alat ultrabunyi digunakan untuk mengesan objek dan mengukur jarak. Pengimejan ultrabunyi atau sonografi sering digunakan dalam bidang perubatan. Dalam ujian tanpa musnah produk dan struktur, ultrabunyi digunakan untuk mengesan kelemahan yang tidak kelihatan. Dalam konteks industri pula, ultrabunyi digunakan untuk pembersihan, pencampuran serta mempercepatkan proses kimia. Haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba menggunakan ultrabunyi untuk mencari mangsa dan halangan.[1] Saintis kini menyelidiki ultrabunyi menggunakan diafragma grafena sebagai suatu kaedah komunikasi.[2]