Umar_Abu_Hafs

Umar Abu Hafs atau nama sebenar beliau Sayyid Umar Abu Hafs bin Abdullah Basyeiban ialah guru kepada Nuruddin ar-Raniri. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1066 Hijrah bersamaaan 1645 Masihi di Balqem, Karnataka, wilayah Uttar Pradesh, India.Di dalam kitab Syams az-Zahirah karya Sayyid Abd Rahman al-Masyhur, dikatakan setelah Umar Abu Hafs menuntut ilmu dari pelbagai guru di negeri kelahirannya India, beliau kemudiannya bersafar ke Hijaz dan kemudian ke Hadhramaut untuk menuntut ilmu agama.Sayyid Umar Abu Hafs telah menetap selama 4 tahun di Haramain, dan akhirnya beliau pulang kembali ke India. Beliau telah dimakamkan di Balqem juga.Syams az-Zahirah menyebutkan bahawa beliau meninggalkan ramai keturunannya di India dan juga di Indonesia.Sayyid Umar Abu Hafs juga dikenali sebagai Umar al-Idrus kerana beliau juga ialah seorang Khalifah bagi Tariqah Idrussiyyah BaAlawiyyah, sebagaimana beliau dikenali di India sesuai dengan keadaan di sana.Sayyid Umar mempunyai seorang anak iaitu Sayyid Abdul Rahman Tajudin, cikal bakal ramai para sayyid dari marga Basyeiban di Indonesia. Di mana Sayyid Abdul Rahman kemudiannya bernikah dengan Syarifah Khadijah binti Maulana Hasanudin Sohib Banten bin Sunan Gunung Jati Maula Cirebon.