Umberto_II_dari_Itali
Umberto_II_dari_Itali

Umberto_II_dari_Itali

Umberto II atau nama kelahirannya Umberto Nicola Tommaso Giovanni Maria di Savoia, (Bahasa Itali; Humbert II, 15 September 1904 – 18 Mac 1983), adalah Raja Itali terakhir. Beliau merupakan raja Itali yang paling singkat memerintah dengan hanya beberapa bulan bermula dari 9 Mei 1946 sehingga 12 Jun 1946. Walau bagaimanapun, beliau telah de facto dari kerajaannya ketika tahun 1944 hingga 1946. Nama samaran beliau ialah Raja Mei (Bahasa Itali: Re di Maggio).Umberto merupakan salah seorang daripada lima adik beradik kepada Victor Emmanul III dan Elena dari Montenegro. Setelah berakhirnya pemerintahan rejim fasis pimpinan Benito Mussolini, Victor Emmanuel memberikan kuasanya kepada Umberto pada tahun 1944. Sebagai persediaan pada pemansuhan monarki pada tahun 1946, Victor Emmanuel melepaskan takhtanya kepada Umberto kerana tidak diterima rakyat Itali untuk menjadi sebuah republik. Umberto tinggal di sepanjang hayat beliau dalam buangan di Cascais, Portugal dan tidak dibenarkan kembali ke Itali sehingga beliau mangkat pada tahun 1983.(Enrico De Nicola sebagai Presiden Itali)