Umi_Kalthum
Umi_Kalthum

Umi_Kalthum

Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1931 - 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau sebelah bapa serta Mandailing sebelah ibu.[1]Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Cathay-Keris Film Productions yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Umi_Kalthum

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Klang Gate
Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Rokiah Sutan Mohd Zain (ibu)
Bahaudin Baginda Mohd Aris (bapa)
Pasangan S. Roomai Noor (1955-1996; kematiannya)
Anak Nuraini Binti Jaafar (anak sulung bersama suami pertama)
Muhammad Bin Jaafar (anak kedua bersama suami pertama)
Noor Salawati (anak bersama S. Roomai Noor)
Noorkumalasari
Sonadi Noor
Noor Latiff
Noor Jumaaton
Noorul Mukmin
Tahun aktif 1959–2000
Majikan Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Jins Shamsuddin Productions
Mahsuri Filem Sdn Bhd
Metrowealth Movies Sdn Bhd
Nama lain Umi Kalthum
Terkenal kerana Bawang Putih Bawang Merah
Meninggal dunia 24 Julai 2013(2013-07-24) (umur 81)
Taman Melawati, Klang, Selangor, Malaysia
Warganegara Malaysia
Saudara Anita Sarawak (anak tiri)
Kelahiran Patimah Bte Bahaudin
(1931-10-18)18 Oktober 1931
Kampung Tengah, Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Malaya British, (kini Malaysia)