Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai
Umie Aida (lahir 18 Januari 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia.
[1] Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor
Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia. Sering digandingkan dengan hero filem Melayu
Rosyam Nor, beliau pernah tiga kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama
Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah memenangi anugerah
Pelakon Wanita Terbaik dan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di
Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi filem "
Embun" (2002) dan "Sembunyi: Amukan Azazil" (2013) . Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik
[2]. Pernah mendapat jolokan
Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama epik, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.