Undang-undang_agama

Undang-undang keagamaan adalah undang-undang yang terdapat di dalam sesuatu agama. Falsafah undang-undang keagamaan perlulah dibezakan dengan falsafah sistem undang-undang lain seperti sistem undang-undang Common Law dan sistem undang-undang komunis.Di dalam ajaran Islam, undang-undang keagamaan disebut sebagai "Syari'ah". Di antara ciri-ciri utama adalah seperti berikut:Di dalam ilmu kajian perbandingan undang-undang, undang-undang keagamaan juga dikategorikan sebagai undang-undang diri (personal law), iaitu undang-undang yang mengawal kehidupan seseorang individu. Contohnya, apabila seseorang ingin berkahwin, maka dia akan merujuk kepada undang-undang agamanya untuk menentukan keesahan perkahwinan yang akan dilangsungkan.Setiap agama ada undang-undangnya. Contohnya, terdapat ajaran "Sepuluh Prinsip" (The Ten Commandments) di dalam agama Yahudi yang salah satunya melarang pembunuhan. Oleh itu, sebahagian pengikut mungkin lebih taat mengikuti undang-undang agama, manakala sebahagian pengikut tidak berapa menghiraukan undang-undang agama.