Undi_awal

PENGUNDI AWALDEFINISIPeraturan 27A(1) hingga (3), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 menetapkan, mana-mana orang yang telah mendaftar sebagai pemilih dibawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dikehendaki mengundi sebagai Pengundi Awal (automatik) adalah seperti berikutĀ :(i). Anggota Tentera(ii). Isteri atau suami Anggota Tentera(iii). Anggota Polis(iv). Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)(v). Isteri atau suami Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)
Mereka dari kategori diatas secara perundangannya ditetapkan WAJIB mengundi awal
KEBENARAN UNTUK MENGUNDI SECARA POS
Namun begitu bagi, Anggota Tentera, Anggota Polis atau Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang TIDAK BOLEH MENGUNDI AWAL atas sebab bertugas pada hari yang ditetapkan sebagai Hari Mengundi Awal, boleh MEMOHON untuk mengundi sebagai PENGUNDI POS.
Mereka yang TELAH DILULUSKAN permohonannya untuk mengundi sebagai pengundi pos TIDAK LAGI BERHAK untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal dalam pilihan raya berkenaan kerana telah dikeluarkan kertas undi pos kepadanya. Anggota yang tidak memohon tidak layak mengundi secara pos
RUJUKAN UNDANG-UNDANGPeraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981

Berkaitan