Ungulat
Ungulat

Ungulat

Perissodactyla
Artiodactyla (termasuk Cetacea)
Lihat teksUngulat merupakan sekelompok mamalia pelbagai jenis yang rata-rata menggunakan hujung jari kaki untuk menampung seluruh berat badannya sambil bergerak. Istilah "ungulat" bermaksud "haiwan bertelapuk". Sebagai istilah takrifan, "ungulat" lazimnya tidak termasuk ahli-ahli Cetacea yang tidak memiliki kebanyakan ciri-ciri morfologi ungulat; namun penemuan terbaru mendapati bahawa Cetacea adalah keturunan dari ahli-ahli purba Artiodactyla, dan oleh itu bersaudara langsung dengan ungulat berjari genap seperti lembu, lebih-lebih lagi dengan badak air sebagai saudara paling rapatnya yang masih wujud.[1]