United_Airlines

United Air Lines, Inc., beroperasi sebagai United Airlines (NASDAQ: UAUA), ialah sebuah syarikat penerbangan utama yang berpusat di Amerika Syarikat dan merupakan antara salah satu penerbangan terbesar di dunia.[1] Ia merupakan subsidiari UAL Corporation dengan pejabat korporat di Chicago.United mempunyai 48,000 pekerja di seluruh dunia[3] dan menjalankan 359 pesawat.Pada 2 Mei 2010, Lembaga Pengarah Continental Airlines dan United Airlines meluluskan perjanjian pertukaran saham yang akan menggabungkan kedua syarikat menjadi sistem penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah pekerja. Sistem penerbangan ini akan menggunakan nama United Airlines, logo Continental dan berpusat di pangkalan United di Chicago. United baru ini akan dijalankan CEO Continental Airlines Jeffery Smisek, bersama dengan CEO United Airlines Glenn Tilton, sebagai pengerusi bukan-eksekutif lembaga. Perjanjian ini masih memerlukan kelulusan daripada pengawal antimonopoli dan pemegang saham sebelum boleh dilaksanakan.[4] Kedua syarikat ini menjangka akan menyelesaikan urus niaga ini, bernilai USD $3.2 bilion,[5] pada suku keempat 2010.

United_Airlines

Pendapatan operasi AS$-651 juta (TF 2009)[2]
AOC # UALA011A[1]
Perikatan Star Alliance
Jumlah aset AS$18.6 bilion (TF 2009)[2]
Pendapatan bersih AS$-651 juta (TF 2009)[2]
Hab
Pesawat 359 (+50 pesanan, 100 pilihan)
Destinasi 114 tak termasuk kongsi-kod
Jumlah ekuiti AS$-2.46 bilion (TF 2008)
Lobi lapangan terbang Red Carpet Club
Ibu pejabat Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
IATAUA ICAOUAL PengenalUNITED
IATA
UA
ICAO
UAL
Pengenal
UNITED
Syarikat induk UAL Corporation
Tokoh utama Glenn F. Tilton (Pengerusi, CEO)
John P. Tague (Presiden)
Kathryn Mikells (CFO)
Alexandria Marren (SVP)
Laman web www.united.com
Slogan syarikat It's Time To Fly
Ditubuhkan 1926 (sebagai Boeing Air Transport)
1934 (sebagai United Air Lines)
Program kesetiaan Mileage Plus
Pendapatan AS$16.3 bilion (TF 2009)[2]