United_Borneo_Front

United Borneo Front (UBF) atau dikenali sebagai Barisan Borneo Bersatu dalam bahasa Malaysia ditubuhkan pada 16 Disember 2010 oleh bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang pengasas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan. Barisan Bersatu Borneo (UBF) ditubuhkan sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak. Antara agenda utama penubuhan pergerakan ini adalah bagi memperkasakan Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Pekara Sarawak, antara lain penubuhanya termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini adalah suatu pertubuhan bebas yang tidak berdiri berlandaskan mana-mana fahaman parti politik di Malaysia. Gabungan pertubuhan bebas ini masih aktif dan sedang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak, iaitu gabungan yang berasal dari Sabah & Sarawak.