Demografi United_Kingdom

Kerja banci dijalankan serentak di seluruh pelosok UK sepuluh tahun sekali.[167] Office for National Statistics bertanggungjawab mengumpul data untuk England dan Wales, di samping General Register Office for Scotland dan Northern Ireland Statistics and Research Agency yang bertanggungjawab membuat banci untuk negeri masing-masing.[168] Mengikut banci pada tahun 2001, jumlah penduduk United Kingdom adalah 58,789,194 orang, iaitu ketiga teramai di European Union, kelima teramai di Komanwel dan ke-21 teramai di dunia. Pada pertengahan tahun 2009, jumlah penduduk UK dianggarkan mencapai 61,792,000 orang.[169] Pada tahun 2008, pertumbuhan penduduk semula jadi mengatasi penghijrahan bersih sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan penduduk buat pertama kali sejak tahun 1998.[170] Dari tahun 2001 hingga 2008, jumlah penduduk meningkat pada kadar tahunan purata sekitar 0.5 peratus, berbanding dengan 0.3 peratus setahun pada dekad 1991–2001, dan 0.2 peratus pada dekad 1981–1991.[170] Anggaran kependudukan pertengahan tahun 2007 mendapati bahawa buat pertama kalinya, jumlah penduduk berusia boleh pencen mengasai jumlah kanak-kanak bawah usia 16 tahun di UK.[171] Dianggarkan bahawa jumlah penduduk berusia 100 tahun ke atas bakal meningkat secara mendadak hingga lebih 626,000 menjelang tahun 2080.[172]

Jumlah penduduk England pada pertengahan tahun 2008 dianggarkan pada 51.44 juta.[170] England merupakan salah sebuah negeri paling padat dengan penduduk di dunia dengan 383 orang penduduk per kilometer persegi pada pertengahan tahun 2003,[173] dan paling tertumpu di London dan kawasan Tenggara.[174] Anggaran pertengahan 2008 menyatakan jumlah penduduk Scotland pada 5.17 juta, Wales 2.99 juta dan Ireland Utara 1.78 juta,[170] apalagi kurang padat dengan penduduk berbanding England. Berbanding dengan 383 inhabitants per kilometer persegi (990/sq mi) di England, Wales mencatat 142/km2 (370/sq mi), Ireland Utara 125/km2 (320/sq mi) dan Scotland cuma 65/km2 (170/sq mi) pada pertengahan tahun 2003.[173] Dari segi peratusan, Ireland Utara menjadi negeri yang mencatat pertumbuhan penduduk terpesat di UK pada empat tahun berturut-turut hingga tahun 2008.[170]

Pada tahun 2008, purata jumlah kadar kesuburan (TFR) di seluruh UK adalah 1.96 anak per wanita.[175] Walaupun peningkatan kadar kelahiran menyumbang kepada pertumbuhan penduduk semasa, namun parasnya jauh lebih rendah daripada kemuncak ‘ledakan kelahiran’ iaitu 2.95 anak per wanita pada tahun 1964,[176] di bawah kadar penggantian 2.1, tetapi mengatasi rekod terendah 1.63 pada tahun 2001.[175] Scotland mencatat kesuburan terendah pada hanya 1.8 anak per wanita, manakala Ireland Utara paling tinggi pada 2.11 anak pada tahun 2008.[175]

Pembandaran

Keempat-empat negeri di UK ada ibu negeri, iaitu: Belfast (Ireland Utara), Cardiff (Wales), Edinburgh (Scotland) dan London (England); London juga merupakan ibu negara seluruh UK.[106]

Bandar gabungan terbesar di UK ialah:

Templat:Largest cities of the United Kingdom

Kelompok etnik

Kelompok etnikJumlah penduduk% jumlah*
British Putih50,366,49785.67%
Putih (lain-lain)3,096,1695.27%
India1,053,4111.8%
Pakistan977,2851.6%
Ireland Putih691,2321.2%
Kaum campuran677,1171.2%
Karibia Hitam565,8761.0%
Afrika Hitam485,2770.8%
Bangladesh283,0630.5%
Asia Lain (bukan Cina)247,6440.4%
Cina247,4030.4%
Lain-lain230,6150.4%
Hitam (lain-lain)97,5850.2%
* Peratusan jumlah penduduk UK menurut Banci 2001

Mengikut sejarah, orang pribumi British disangkakan diturunkan daripada pelbagai kaum etnik yang bertempat di situ sebelum abad ke-11, iaitu Celt, Rom, Anglo-Saxon, Norse dan Norman. Kajian genetik menunjukkan bahawa lebih 50 peratus perkumpulan gen England mengandungi kromosom Y Jermanik,[177] tetapi analisa genetik terkini menunjukkan bahawa “sekitar 75 peratus leluhur penduduk British yang dapat disusur galur, telah tiba di kepulauan British sekitar 6,200 tahun lalu, pada permulaan Zaman Neolitik atau Zaman Batu British", serta orang British pada umumnya berkongsi nenek moyang yang sama dengan orang Basque.[178][179][180]

Britain mempunyai sejarah kemasukan pendatang bukan kulit putih secara kecil-kecilan. Liverpool mencatat kependudukan kulit hitam paling lama di negara ini, iaitu sejak 1730-an selewatnya,[181] dan juga komuniti Cina tertua di Eropah, iaitu sejak kedatangan pelaut Cina pada abad ke-19.[182] Pada tahun 1950, di Britain mungkin tidak lebih 20,000 penduduk bukan putih, hampir kesemuanya kelahiran luar negara.[183]

Sejak tahun 1945, penghijrahan besar-besaran dari Afrika, Karibia dan Asia Selatan merupakan hasil perhubungan yang dijalinkan oleh Empayar British. Penghijrahan dari negara-negara anggota EU yang baru di Eropah Tengah dan Timur sejak tahun 2004 menyebabkan kelompok-kelompok ini semakin ramai, tetapi sejak tahun 2008, ramai pendatang kembali ke negara asal, maka jumlah sebenar kelompok-kelompok ini tidak dapat diketahui lagi.[184] Pada tahun 2001, 92.1% penduduk mengakui dirinya sebagai berkulit putih, jadi hanya 7.9%[185] penduduk UK yang mengakui diri sebagai berkaum campuran atau minoriti etnik.

Tahap kepelbagaian etnik banyak berbeza-beza mengikut setempat di UK. Dianggarkan bahawa 30.4% penduduk London[186] dan 37.4% penduduk Leicester[187] bukan berkulit putoh pada Jun 2005, manakala kurang 5% penduduk England Timur Laut, Barat Daya dan Wales merupakan minoriti etnik, menurut banci 2001.[188] Pada tahun 2007, 22% murid sekolah rendah dan 17.7% pelajar sekolah menengah yang belajar di sekolah awam di England berasal dari keluarga minoriti etnik.[189][190]

Bahasa

Dunia berbahasa Inggeris. Negara-negara biru tua mempunyai majoriti penutur asli; negara-negara biru muda menjadikan bahasa Inggeris bahasa rasmi tetapi bukan utama. Bahasa Inggeris juga merupakan salah satu bahasa rasmi Kesatuan Eropah[191] and the United Nations[192]

UK tiada bahasa rasmi secara de jure tetapi bahasa lisan yang paling meluas sudah tentu bahasa Inggeris, satu bahasa Jermanik Barat yang diturunkan dari bahasa Anglo-Saxon dan banyak menyerap kata pinjaman dari Bahasa Norse Lama, Norman Perancis dan Latin. Kesan pengaruh hebat dari Empayar British, bahasa Inggeris tersebar ke seluruh dunia, lalu menjadi bahasa perniagaan antarabangsa dan juga bahasa kedua yang paling meluas diajar di seluruh dunia.[193]

Bahasa Scotsyang diturunkan dari bahasa Inggeris Pertengahan utara awal, mendapat pengiktirafan di peringkat Eropah, begitu juga dengan loghat-loghat setempatnya di Ireland.[194] Di UK juga dituturkan empat bahasa Keltik, iaitu Wales, Ireland, Gaelik Scotland dan Cornwall. Menurut banci 2001, 21% penduduk Wales mengaku boleh berbahasa Wales,[195] an increase from the 1991 Census (18%).[196] Selain itu, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 penutur bahasa Wales tinggal di England.[197]

Banci 2001 di Ireland Utara menunjukkan bahawa 167,487 orang (10.4%) penduduk “mempunyai pengetahuan bahasa Ireland”, hampir kesemuanya merupakan penganut Katolik dan berfahaman nasioanlis. Lebih 92,000 orang di Scotland (cuma tak lebih 2% penduduk) mampu berbahasa Gaelik sedikit sebanyak; 72% golongan ini tinggal di Outer Hebrides.[198] The number of schoolchildren being taught in Welsh, Gaelic and Irish is increasing.[199]

Di seluruh United Kingdom, para pelajar sekolah pada umumnya diwajibkan mempelajari bahasa kedua, hingga usia 14 tahun di England,[200] dan 16 tahun di Scotland. Bahasa Perancis dan Jerman merupakan dua bahasa kedua yang paling popular di England dan Scotland. Di Wales, semua pelajar berusia 16 tahun ke bawah diajar mata-mata pelajaran dalam bahasa Wales ataupun diajar bahasa Wales sebagai bahasa kedua.[201]

Agama

Westminster Abbey digunakan untuk upacara kemahkotaan raja-raja British

Perjanjian Kesatuan yang menzahirkan pembentukan United Kingdom, memastikan bahawa takhta hanya boleh diwarisi oleh penganut mazhab Protestan, dan juga hubungan antara gereja dan kerajaan masih berkekalan. Kristian merupakan agama terbesar, diikuti oleh Islam, Hindu, Sikh dan Yahudi dari segi jumlah penganut. Dalam Banci 2001, 71.6% penjawab mengakui beragama Kristian,[202] tetapi pantauan Tearfund mendapati hanya satu persepuluh penduduk Britain benar-benar menghadiri sembahyang mingguan di gereja.[203] 9.1 juta orang (15% penduduk UK) mengaku tidak beragama, dan 4.3 juta lagi (7% penduduk UK) tidak menyatakan apa-apa keutamaan agamanya.[204] Dari tahun 2004 hingga 2008, Office for National Statistics melaporkan bahawa jumlah penganut Kristian di Great Britain (bukan seluruh UK) susut lebih 2 juta orang.[205]

Kumpulan agama terbesar di England ialah Kristian, dengan Gereja England (Anglikan) sebagai Gereja Rasmi.[206] Gereja ini masih mengekalkan perwakilan di Parlimen UK dan raja British merupakan penganut mazhab ini (seperti yang diwajibkan mengikut Perkara 2 Perjanjian Kesatuan), di samping menjadi Gabenor Agung gereja ini.[207] Gereja England juga mengekalkan hak untuk mendraf langkah-langkah perundangan (berkaitan pentadbiran keagamaan) melalui Synod Besar, dan kemudian boleh diluluskan menjadi undang-undang oleh Parlimen.[208] Gereja Katolik Rom di England dan Wales merupakan mazhab Kristian kedua dengan sekitar lima juta penganut, terutamanya di England.[209] Mazhab-mazhab Ortodoks, Evangelikal dan Pentekostal juga tidak kurang berpengaruh di England, terutamanya gereja Pentekostal yang ketiga terbesar jumlah hadirinnya di belakang Gereja England dan Katolik Rom.[210]

Krisitan juga kumpulan agama terbesar di Scotland, di mana Gereja Scotland (atau gelarannya, “The Kirk”) yang berfahaman Presbyterian diiktiraf sebagai gereja negeri.[211] Gereja Scotland ini tidak tertakluk kepada penguasaan kerajaan, dan raja British juga menjadi ahli biasa gereja ini yang diwajibkan mengangkat sumpah untuk “mengekalkan dan memelihara Agama Protestan dan Kerajaan Gereja Presbyterian” sebaik sahaja naik takhta.[212] Gereja Katolik Rom di Scotland ialah gereja kedua terbesar di Scotland yang mewakili satu perenam penduduknya.[213] Juga terdapat sebuah Gereja Episkopal Scotland yang menganggotai Perjamuan Anglikan.[214]

Gereja di Wales telah ‘dibatalkan’ tetapi masih tergolong dalam Perjamuan Anglikan. Kesatuan Baptis Wales, Gereja Methodist dan Gereja Presbyterian Wales turut dirasai kehadirannya di Wales. Perkumpulan agama di Ireland Utara diorganisasikan berdasarkan seluruh Ireland.[215] Walaupun Protestan dan Anglikan membentuk majoriti keseluruhannya,[216] namun Gereja Katolik Rom di Ireland ialah gereja tunggal yang terbesar di negeri Ireland Utara, diekori oleh Gereja Presbyterian di Ireland selaku gereja kedua tebesar, dan Gereja Ireland (Anglikan) yang dibatalkan pada abad ke-19.

Mengikut banci 2001, terdapat 1,536,015 umat Islam di England dan Wales,[217] iaitu 3% jumlah penduduknya. Umat Islam di Scotland berjumlah 42,557 orang, iaitu 0.84% jumlah penduduknya.[218] Menurut anggaran Labour Force Survey, jumlah umat Islam di Great Britain pada tahun 2008 adalah 2,422,000, iaitu sekitar 4% jumlah penduduk.[205] Di Ireland Utara terdapat 1,943 lagi orang Islam.[219]

Lebih sejuta orang UK menganut agama-agama yang berasal dari India: 560,000 Hindu, 340,000 Sikh dan sekitar 150,000 pengamal Buddha.[220] Di Leicester terletaknya salah sebuah daripada kuil Jain yang jarang ditemui di luar India.[221] UK juga mempunyai sekitar 300,000 orang Yahudi, menjadikannya komuniti Yahudi kelima terbesar di dunia.[222]

Perhijrahan

Estimated foreign-born population by country of birth, April 2007–Mac 2008

United Kingdom menerima gelombang penghijrahan yang berturut-turut tanpa henti. Musibah Kebuluran Besar menyebabkan kedatangan pehijrah Ireland secara beramai-ramai.[223] Lebih 120,000 orang veteran Poland menetap di Britain selepas Perang Dunia Kedua kerana tidak dapat pulang ke tanah air mereka.[224] Pada abad ke-20, berlakunya penghijrahan secara besar-besaran dari merata wilayah Empayar British, terutamanya disebabkan oleh kekurangan tenaga buruh selepas Perang Dunia Kedua. Ramai pendatang ini datang dari Hindia Barat dan Asia Selatan.[225]

Perkadaran jumlah penduduk kelahiran luar negara di UK masih rendah sedikit berbanding beberapa negara Eropah yang lain,[226] namun penghijrahan inilah yang kini menyumbang kepada jumlah penduduk UK yang makin meningkat,[227] dengan menjelaskan lebih kurang separuh pertumbuhan penduduk pada tahun 1991 hingga 2001. Analisa data Office for National Statistics menunjukkan bahawa 2.3 juta pendatang bersih berhijrah ke UK pada tempoh tahun 1991–2006.[228][229] Pada tahun 2008, diramal bahawa penghijrahan bakal menambah penduduk UK seramai 7 juta menjelang tahun 2031,[230] itu pun juga mendapat pertikaian.[231]

Rekod baru tercipta pada tahun 2009, apabila 203,790 warga asing menjadi warganegara British.[232] Pada tahun yang sama, 194,780 orang diberi hak penduduk tetap, yang mana 34% dari benua kecil India, 25% dari Afrika dan 21% dari negara Asia yang lain.[233] 24.7% bayi yang lahir di England dan Wales pada tahun 2009 dilahirkan oleh ibu yang lahir di luar UK, menurut statistik rasmi yang dikeluarkan pada tahun 2010.[234]

Anggaran bilangan warganegara British yang tinggal di luar negara, 2006

Sekurang-kurangnya 5.5 juta orang kelahiran British menetap di luar negeri,[235][236][237] terutamnaya sekali di Australia, Sepanyol, Amerika Syarikat, dan Kanada sebagai empat destinasi utama.[235][238] Masyarakat British pada abad ke-19 menyaksikan penghijrahan ke luar negara secara besar-besaran. Pada tahun 1815 hingga 1930, sekitar 11.4 juta orang berhijrah keluar dari Britain dan 7.3 juta lagi dari Ireland. Pada akhir abad ke-20, dianggarkan bahawa sekitar 300 juta orang berketurunan British dan Ireland menetap di seluruh dunia.[239]

Warganegara Kesatuan Eropah berhak untuk tinggal dan bekerja di mana-mana negara anggota, tidak terkecuali UK.[240]

Pendidikan

King's College, anggota Universiti Cambridge

Setiap negeri di UK mempunyai sistem pendidikan tersendiri.

Pendidikan di England merupakan tanggungjawab Setiausaha Pendidikan Negara, manakala pentadbiran seharian dan pembiayaan sekolah awam merupakan kewajipan lembaga pendidikan tempatan (local education authority, di bawah kerajaan tempatan).[241] Pendidikan sejagat di seluruh England dan Wales diperkenalkan untuk sekolah rendah pada tahun 1870, diikuti sekolah menengah pada tahun 1900.[242] Pendidikan adalah mandatori untuk golongan berusia 5 hingga 16 tahun (15 tahun bagi yang lahir pada akhir Julai atau Ogos). Majoriti kanak-kanak dididik di sekolah sektor awam. Terdapat sebilangan kecil sahaja yang memilih pelajar berasaskan kebolehan akademik. Sekolah awam yang dibenarkan memilih pelajar mengikut kecerdasan dan kebolehan akademik mampu mengecapi pencapaian yang setanding dengan sekolah swasta yang paling memilih pun: dua daripada sepuluh sekolah terunggul dari segi keputusan GCSE pada tahun 2006 adalah sekolah menengah awam. Sungguhpun bilangannya merosot, namun perkadaran kanak-kanak yang menghadiri sekolah swasta di England meningkat ke lebih 7%.[243] Sungguhpun demikian, lebih separuh jumlah penuntut di universiti terulung Cambridge dan Oxford pernah belajar di sekolah awam.[244] England berbangga sebagai tempat bertapaknya antara universiti-universiti terkemuka di dunia; misalnya Universiti Cambridge, Universiti Oxford, Imperial College London dan University College London yang memasuki 10 teratas sedunia dalam senarai THE–QS World University Rankings 2008.[245] Kajian Alih Aliran Pembelajaran Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) meletakkan para pelajar England di tempat ke-7 dalam matematik, dan ke-6 untuk sains di seluruh dunia. Hasil daripada itu, pelajar England mengungguli negara-negara Eropah yang lain, termasuk Jerman dan rantau Skandinavia.[246]

Universiti Queen's, Belfast, salah sebuah institusi pengajian tinggi tertua di UK yang dibina pada tahun 1849[247]

Pendidikan Scotland merupakan tanggungjawab Setiausaha Kabinet untuk Pendidikan dan Pelajaran Sepanjang Hayat (Cabinet Secretary for Education and Lifelong Learning), manakala pentadbiran seharian dan pembiayaan sekolah awam di tangan Lembaga Tempatan. Dua lembaga awam bukan jabatan memainkan peranan penting dalam pendidikan di negeri ini, iaitu: Scottish Qualifications Authority yang bertanggungjawab atas pembangunan, akreditasi, penilaian dan pensijilan kelayakan selain ijazah yang disampaikan di sekolah menengah, maktab pendidikan lanjut pasca-menengah dan institusi-institusi seumpamanya;[248] dan Learning and Teaching Scotland yang menyediakan khidmat nasihat, sumber-sumber dan pemajuan kakitangan kepada komuniti pendidikan untuk memupuk pembangunan kurikulum serta melahirkan budaya inovasi, cita-cita dan kecemerlangan.[249] Scotland first legislated for compulsory education in 1496.[250] Perkadaran kanak-kanak yang menghadiri sekolah swasta di Scotland cuma lebih 4%, tetapi beransur-ansur meningkat akhir-akhir ini.[251] Para pelajar Scotland yang menghadiri universiti di Scotland tidak membayar yuran tuisyen atau caj pembiayaan siswazah, kerana yuran dimansuhkan pada tahun 2001, manakala skim pembiayaan siswazah diberhentikan pada tahun 2008.[252]

Pendidikan di Ireland Utara merupakan tanggungjawab Menteri Pendidikan dan Menteri Pekerjaan dan Pelajaran negeri, di samping lima lagi lembaga pendidikan dan perpustakaan di peringkat setempat. Majlis Kurikulum, Peperiksaan dan Penilaian (Council for the Curriculum, Examinations & Assessment, CCEA) ialah lembaga yang bertanggungjawab menasihati kerajaan negeri mengenai sukatan pembelajaran di sekolah, memantau piawaian serta mengurniakan kelayakan di Ireland Utara.[253]

Kerajaan Dewan Undangan Wales bertanggungjawab terhadap pendidikan di Wales. Sebilangan besar pelajar di Wales diajar kebanyakan atau semua mata pelajaran dalam bahasa Wales; pembelajaran dalam bahasa Wales diwajibkan untuk semua sehingga usia 16 tahun.[254] Rancangan untuk meningkatkan peruntukan sekolah berpengantar berbahasa Wales turut dijalankan sejajar dengan dasar membentuk masyarakat Wales yang dwibahasa sepenuhnya.

Kesihatan

Royal Aberdeen Children's Hospital ialah sebuah hospital kanak-kanak yang menganggotai NHS Scotland.

Sektor penjagaan kesihatan di United Kingdom juga didevolusikan kepada setiap negeri yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terbiaya awam mahupun swasta tersendiri, di samping kaedah rawatan alternatif, holistik dan pelengkap. Khidmat jagaan kesihatan awam disediakan kepada semua warganegara dan penduduk tetap UK secara percuma, tetapi dibiayai oleh pencukaian awam. Oleh yang demikian, pada tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan peruntukan jagaan kesihatan di United Kingdom di tangga ke-15 terbaik di Eropah, dan ke-18 di dunia.[255][256]

Badan-badan kawal selia kesihatan diorganisasikan berasaskan seluruh UK, misalnya Majlis Perubatan Umum, Majlis Kejururawatan dan Perbidanan dan badan bukan kerajaan seperti Kolej-kolej Diraja. Namun begitu, kewajipan siasah dan operasi dalam bidang penjagaan kesihatan terletak pada keempat-empat badan eksekutif negeri. Maka, setiap Perkhidmatan Kesihatan Negara (National Health Service) menggariskan dasar-dasar dan keutamaan berbeza, sehingga menimbulkan perbezaan yang ketara sesama mereka.[257][258]

Sejak tahun 1979, perbelanjaan untuk kesihatan banyak ditingkatkan supaya setanding dengan purata Kesatuan Eropah.[259] UK membelanjakan sekitar 8.4% KDNKnya kepada sektor kesihatan, iaitu 0.5% di bawah purata OECD dan kira-kira 1% di bawah purata Kesatuan Eropah.[260]