Universal_Music_Group
Universal_Music_Group

Universal_Music_Group

Kumpulan Muzik Universal (UMG) merupakan label rakaman terbesar dalam industri muzik. Universal Music Group ialah sebuah anak syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh konglomerat media Perancis, Vivendi.Ibu pejabat Vivendi terletak di Paris, Perancis manakala ibu pejabat UMG pula di Santa Monica, California dan Bandaraya New York, Amerika Syarikat. Di New York, ibu pejabatnya juga dikenali sebagai UMGI (Kumpulan Muzik Universal Antarabangsa) di mana pejabat ini menguruskan bahagian berkaitan dengan pengedaran Universal Records di seluruh dunia serta bahagian kewangan dan permasaran. Di Santa Monica pula, ibu pejabatnya dikenali juga sebagai UME (Universal Music Enterprise) di mana pejabat ini mengawasi semua bahagian obligasi undang-undang di Amerika Syarikat dan Kanada seperti Sumber Manusia serta menguruskan setiap masalah berkaitan hal ehwal undang-undang di dalam syarikat.

Universal_Music_Group