Menu
Universitas Negeri Yogyakarta SejarahIKIP Yogyakarta ialah sebuah gabungan antara dua buah institusi pendidikan tinggi, iaitu Fakulti Pendidkan Universitas Gadjah Mada dan Institut Perguruan. Penggabungan tersebut dikawal oleh Dekri Presiden Republik Indonesia, Nombor I/1963. Sebagai pelaksanaan dekri tersebut, Dekri Menteri Pendidikan Tinggi dan Sains No. 55/1963 dikeluarkan pada 22 Mei 1963 yang mengawal pengasasan IKIP Jakarta, IKIP Bandung, IKIP Yogyakarta, dan IKIP Malang.
Permintaan bahawa IKIP Yogyakarta ditukarkan menjadi sebuah universiti berdasarkan beberapa alasan, antaranya struktur organisasi IKIP yang terlalu terhad untuk mencapai sebarang perkembangan saintifik. Selain itu, bilangan siswazah IKIP Yogyakarta yang menyertai sektor bukan pendidikan semakin meningkat serta keperluan untuk sumber manusia yang mahir memberikan dorongan untuk menukarkan IKIP Yogyakarta menjadi sebuah universiti.
Peringkat pertama penukaran IKIP Yogyakarta menjadi sebuah universiti bermula apabila Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan (kini Kementerian Pendidikan Nasional) mengeluarkan dekri No. 1449/DT/1996 yang bertarikh 20 Jun 1996. Ia mengesahkah IKIP Yogyakarta, bersama-sama tiga buah institusi yang lain, iaitu IKIP Medan, IKIP Padang, and IKIP Malang, supaya mendapat mandat yang lebih luas untuk mengendalikan perubahan-perubahan organisasi universiti.
Pencapaian mandat berhasil dengan Dekri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi No. 240/DIKTI/Kep/1997 yang bertarikh 15 Ogos 1997. Ia mengawal pembukaan 12 buah program bukan perguruan pada peringkat-peringkat S-1 dan D-III dalam Fakulti Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan, Fakulti Pendidikan Matematik dan Sains Semula Jadi, serta Fakulti Pendidikan Kejuruteraan dan Vokasional IKIP Yogyakarta.
Rancangan penukaran IKIP Yogyakarta menjadi Universiti Negeri Yogyakarta dilaksanakan melalui dua peringkat:
Kemudian pada 4 Ogos 1999, Baharuddin Jusuf Habibie selaku Presiden Republik Indonesia, melalui Dekri Presiden No. 93/1999, mengisytiharkan pengasasan Universiti Negeri Yogyakarta sebagai suatu penukaran daripada IKIP Yogyakarta. Meskipun UNY diasaskan secara rasmi pada 4 Ogos 1999, hari ulang tahun IKIP Yogyakarta pada 21 Mei 1964 masih dikekalkan sebagai hari ulang tahun UNY.
Untuk mengukuhkan pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran UNY, Menteri Kebudayaan dan Pendidikan, melalui Dekri No. 274/0/1999 yang bertarikh 1 Oktober 1999, menentukan Penyusunan dan Sistem Kerja UNY dengan menyatakan bahawa UNY mempunyai enam buah fakulti seperti yang berikut:
Menu
Universitas Negeri Yogyakarta SejarahBerkaitan
Universiti Universitas Indonesia Universitas Sebelas Maret Universitas Trisakti Universitas Bangka Belitung Universitas Gadjah Mada Universitas Pendidikan Indonesia Universitas Diponegoro Universitas Negeri Yogyakarta Universitas Kristen PetraRujukan
WikiPedia: Universitas Negeri Yogyakarta http://pps.uny.ac.id http://www.uny.ac.id/ http://www.uny.ac.id http://www.uny.ac.id/home/view.php?i=5&s=3