Universitas_Trisakti
Universitas_Trisakti

Universitas_Trisakti

Universitas Trisakti ialah sebuah maktab perguruan tinggi swasta yang terletak di Jakarta Barat. Ditubuhkan oleh Baperki pada tahun 1958 dengan nama Universitas Baperki, namanya diubah pada tahun 1962 menjadi Universiti Res Publica, yang lebih dikenali pada masa itu sebagai URECA. Menyusul Peristiwa G30S pada tahun 1965, URECA ditutup oleh pemerintah Orde Baru secara rasmi pada tahun 1966) dan diambil alih oleh kerajaan. Pada 29 November 1965, universiti ini dibuka kembali dengan nama yang baru, iaitu Universitas Trisakti (biasa disingkatkan menjadi Usakti), namun banyak mahasiswa yang lama tidak mendaftar kembali kerana takut disebabkan banyak daripada mereka merupakan anggota CGMI (Consentrasi Gerakan Mahasiswa Indonesia) yang cenderung berhaluan kiri atau sekadar khuatir akan dicap sebagai komunis ataupun berhaluan kiri.Kini, Universiti ini mempunyai melebihi 30,000 orang penuntut dan merupakan salah satu kampus swasta yang terbesar di Jakarta, dengan sembilan fakulti. Kursus-kursus yang diberikan termasuk 23 kursus untuk ijazah sarjana muda, 8 kursus sarjana, dan 3 kursus kedoktoran. Universiti Trisakti menggajikan 1,019 orang pensyarah dan 888 orang pensyarah sambilan.