Pertubuhan Universiti

Walaupun setiap pertubuhan diwujudkan dengan pentadbiran dan gaya tersendiri, hampir semua universiti ada satu lembaga amanah, seorang presiden, canselor atau rektor, sekurang-kurangnya seorang naib presiden, maib canselor atau naib rektor, dan dekan-dekan pelbagai bahagian dalam universiti. lazimnya, universiti dibahagi kepada sebilangan jabatan akademik, sekolah atau fakulti. Sistem Universiti awam dtadbir oleh lembaga pendidikan tinggi yang dikawal kerajaan. Lembaga ini mengulas permintaan kewangan dan cadangan belanjawan lalu memperuntukkan dana bagi setiap universiti dalam sistem, serta juga meluluskan program pengajaran baru dan juga membatalkan atau mengubah suai program sedia ada. Tambahan pula, lembaga ini merancang untuk pembangunan berkoordinasi lanjutan dan perkembangan pelbagai institusi pengajian tinggi di dalam negeri atau negara. Bagaimanapun,kebanyakan universiti awam di dunia mempunyai tahap autonomi yang banyak dari segi pengendalian kewangan, kajian dan pedagogi. Universiti swasta pula dibiawai secara persendirian kerana biasanya mempunyai lebih kebebasan daripada dasar negeri.

Biarpun dasar-dasar berbeza, atau standard budaya dan ekonomi yang terdapat di lokasi berlainan boleh mengakibatkan ketidaksamaan yang besar antara universiti seluruh dunia dan juga dalam satu-saut negara, universiti ini lazimnya merupakan antara penyumbang kajian dan latihan tahap tinggi utama dalam setiap masyarakat. Kebanyakan universiti bukan sahaja menawarkan kursus bagi mata pelajaran yang terdiri daripada sains semulajadi, kejuruteraan, seni bina, perubatan, pentadbiran sukan, sains sosial, perundangan, kemanusiaan dan sebagainya, universiti juga menawarkan pelbagai kemudahan kepada para penuntutnya, termasuk pelbagai tempat makan, bank, kedai buku, kedai salin cetak, dan pusat pencarian pekerjaan. Tambahan pula, kebanyakan universiti utama di dunia memiliki kemudahan sendiri seperti berikut: perpustakaan, pusat sukan, restoran, persatuan penuntut, kebun botani, observatori astronomi, hospital dan klinik, makmal komputer, makmal kajian, inkubator niaga dan sebagainya.