Universitas DiponegoroUniversitas Diponegoro (
Bahasa Melayu: Universiti Diponegoro, disingkat
UNDIP) didirikan pada tahun
1956 sebagai sebuah
universiti swasta dan mendapat status universiti umum pada tahun
1961. Istilah Diponegoro diambil dari
pahlawan kebangsaan yang merupakan seorang putera (
pangeran) dari
Jawa Tengah yang mengobarkan semangat
kemerdekaan dari
Belanda pada awal
abad ke-18. Semangat ini turut menginspirasikan penubuhan UNDIP.Sejak tahun 1980-an, universiti ini ini disenaraikan sebagai 100 Universiti terbaik di Asia, dan menjalin kerjasama dengan 12 universiti di
Malaysia.
[1] Namun pada bulan Ogos 2009, Rektor Universiti Susilo Wibowo menyatakan bahawa cawangan universiti ini di Semarang sudah berhenti menerima pelajar Malaysia bagi tahun akademik 2009-10.
[2],
[3] Hal itu turut mendapat perhatian penerbitan University World News edisi
Global.
[4]. Perkara ini diputuskan walaupun pegawai pendidikan Indonesia menggesa ia dibatalkan, dengan mendakwa "Kami tahu akibatnya."
[5] Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama kemudian mengeluarkan Undip dari daftar universiti yang diiktiraf untuk para mahasiswa kedoktorannya karena universiti tersebut dianggap gagal memenuhi persyaratan dari Malaysia Medical Council (MMC).
[6] Universitas Andalas (Unand) Sumatera Barat menyatakan ia tidak menurut tindakan Universitas Diponegoro tersebut.
[7]