Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysia
Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysia

Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Arab: الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا) merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Hal ini demikian kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Pagoh. Pusat Asasi UIAM terletak di Gambang, Pahang. UIAM mempunyai 13 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.