Sejarah Universiti_Malaya

Evolusi penubuhan Universiti Malaya.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1928). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya

Universiti Malaya (1949)

Mohor rasmi Universiti Malaya tahun 1949.

Sejarah asal penubuhan Universiti Malaya di zaman kolonial British bermula pada tahun 1938, dimana Kerajaan British di Tanah Melayu menubuhkan suatu Lembaga khas yang dipengerusikan oleh Sir William H. McLean untuk mengkaji dan meneliti kapasiti kemampuan dan keupayaan pendidikan tinggi di Tanah melayu pada ketika itu. Keputusan dihujung kajian mendapati, Tanah Melayu masih tidak bersedia menerima kehadiran universiti, namun begitu, pembangunan kolej universiti mungkin berpotensi.

Pada tahun 1939, satu lagi Lembaga telah ditubuhkan dibawah Hakim Asquith oleh Pejabat Koloni British untuk Pendidikan Tinggi. Lembaga ini dipertanggungjawabkan untuk membuat lagi satu lagi kajian tentang isu kesiapsiagaan Tanah Melayu mempunyai sebuah universiti. Namun begitu keputusan kajian tetap sama seperti apa yang diputuskan oleh Lembaga yang dipimpin oleh McLean sebelum itu.

Pada tahun 1946, Dr Raymond Priestley, Naib Canselor Universiti Birmingham telah diminta oleh Kerajaan British di Tanah Melayu untuk membuat penelitian menegenai kebarangkalian menubuhkan sebuah universiti di Tanah Melayu. Keputusan Priestly juga tetap sama seperti keputusan kajian-kajian sebelumnya, beliau mengesyorkan penubuhan kolej universiti terlebih dahulu.

Pada tahun 1947, Setiausaha Negeri untuk Kolonial British telah melantik Sir Alexander Carr-Saunders mempengerusikan sebuah Lembaga untuk mengkaji penubuhan pusat pendidikan tertiari di Tanah Melayu. Pada awalnya, keputusan Komisi Carr-Saunders juga sama seperti keputusan komisi-komisi terdahulu. Namun begitu, selepas laporan siap (tapi sebelum dihantar ke Setiausaha Negeri), Carr-Saunders telah mendapatkan pandangan dari Persatuan Alumni Kolej Perubatan King Edward VII dan juga Kesatuan Penuntut Kolej Perubatan terlebih dahulu akan hal ini. Beliau cukup terpegun dengan idea Presiden Kesatuan Penuntut Kolej Perubatan Dr K. Shamugaratnam. I

Pada tahun 1948, Komisi Carr-Saunders telah bersetuju menyokong penuh penubuhan universiti pertama untuk Tanah Melayu.Tahun 1949, menyaksikan penubuhan universiti pertama Tanah Melayu yang dikenali sebagai Universiti Malaya yang diilhamkan dibawah Komisi Carr-Saunders.

Tarikh 8 Oktober 1949, adalah titik tolak dimana Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929), bergabung menjadi Universiti Malaya.

Menurut Laporan Komisi Carr-Saunders Commission tahun 1949, ia menyatakan "universiti mesti berperanan menjadi medium penyatu untuk memperkasakan pemahaman pelbagai etnik, kaum dan agama yang berlaku sebelumnya di Tanah Melayu. Universiti juga harus menjadi model dengan melihat (pembangunan) pendidikan tinggi di United Kingdom dari segi sistem akademik dan struktur pentadbiran".

Komisi Carr-Saunders mencadangkan “asas kepada semua kanak-kanak adalah kebolehan menunjukkan kapasiti kemampuan suapaya mereka mampu merayakan kesamarataan hak untuk sampai ke tahap universiti. Dalam erti kata khusus, tiada seorang pun kanak-kanak boleh menjadi kurang upaya atau tercicir dalam menongkah dan mendaki arus pendidikan (dek kelainan) dari segi kaumnya, agama nya, kekampungan atau kekurangan yang lain.”

Universiti Malaya (pasca pembentukan Persekutuan Tanah Melayu)

Setelah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948, dan pengisytiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (kemudian dipanggil Malaysia pada 31 Ogos 1957, bermula pembangunan pesat Universiti Malaya pada tahun 1959, Universiti telah dibahagikan kepada dua kampus berotonomi, satu terletak di Kuala Lumpur, manakala yang lagi satu terletak di Singapura.

Pada tahun 1961, Kerajaan Persektuan Tanah Melayu dan otonomi Singapura telah meluluskan suatu undang-undang untuk menjadi Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan, keputusan cukup memuaskan, apabila tanggal 1 Januari 1962, Universiti Malaya kampus Kuala Lumpur telah mendapat hak kekal untuk mendiami tanah berkeluasan 309 hektar di Kuala Lumpur dan nama Universiti Malaya pula adalah kekal. Bagaimanapun, kampus otonomi Universiti Malaya di Singapura telah bertukar nama menjadi Universiti Kebangsaan Singapura.

Pada 16 Jun 1962, Universiti telah meraikan perlantikan Canselor pertama Universiti iaitu Tunku Abdul Rahman, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Manakala Naib-Canselor pertama Universiti Malaya adalah Dekan Sir Alexander Oppenheim, beliau terkenal diserata dunia sebagai ahli matematik yang mencipta formula Oppenheim conjecture pada tahun 1929. Apabila Oppenheim meninggalkan jawatan pada 1965, tiada lagi pengganti yang berkelayakan dilihat mampu menerajui universiti. Rayson Huang pula telah berpindah ke Hong Kong dan menjadi Naib Canselor berbangsa Asia pertama di Universiti Hong Kong,[6] beliau pernah diminta menjadi Pemangku Naib-Canselor Universiti Malaya, namun hanya untuk tempoh 12 bulan dalam jawatan, kemudian beliau enggan menyambung dan meneruskan kareer akademiknya sebagai pendidik.[7]

Chin Fung Kee, seorang yang berkelayakan dalam kejuruteraan geoteknikal[8] telah menggantikan tempat Huang sebagai Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya, sehingga Universiti Malaya berjaya mendapatkan James H.E. Griffiths pada tahun 1967 bagi mengisi kekosongan jawatan Naib Canselor UM. Griffiths dilihat orang berkelayakan tinggi kerana beliau adalah ahli fizik dan felo di Kolej Magdalen, Universiti Oxford, juga merupakan bekas ketua Makmal Clarendon di Universiti Oxford dan salah seorang yang berjaya menemui ilmu resonans feromagnetik.

Mohor baharu Universiti Malaya (1962)

Akibat dari pembahagian kuasa otonomi 2 universiti, mohor baharu Universiti Malaya (1962) telah direka kembali oleh Lembaga Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 1961, Lembaga ini dipengerusikan oleh Tan Sri Y.C. Foo. Beberapa ahli lembaga yang turut terlibat dalam rekaan semula mohor universiti termasuklah Pengerusi Lembaga Y.C. Foo, Professor A. Oppenheim (Naib Canselor) dan Professor Ungku Aziz (kemudian menjadi Profesor DiRaja). Mohor baharu Universiti Malaya (1962) secara rasminya diguna pakai pada April 1962 oleh Tunku Abdul Rahman, yang juga Canselor pertama Universiti.[9]

Mohor baharu Universiti Malaya (1962) dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Pengatas dan Pembawah (dikekalkan). Pengatas terdiri dari 17 dedaun Borassus flabellifer atau palma palmyra yang diikat kemas. Ikatan daun palma palmyra ini menggambarkan bahawa daun palmyra menjadi bahan penting sebagai kertas penulisan untuk manuskrip-manuskrip Melayu lama, sebelum penciptaan kertas konvensional. Dibahagian tengah dedaun terdapat tulisan moto Universiti Malaya iaitu ‘Ilmu Puncha Kemajuan’. Perkataan ‘Ilmu’ berasal dari perkataan Arab beerti pengetahuan, ‘Puncha’ dari bahasa Sanskrit beerti sumber, dana ‘Kemajuan’ dalam bahasa Melayu beerti kejayaan.[10]

Manakala, dekorasi Pembawah di mohor pula mengetengahkan bunga raya (spesies Rosa-Sinensis), dilingkari oleh 3 ekor Harimau Malaya (spesies Panthera Tigris Jacksoni). Tiga ekor harimau melambangkan 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, wujud bersama dalam memacu kemajuan dan keharmonian negara. Mohor baharu Universiti Malaya (1962) terus digunakan sehingga sekarang.[11]

Rujukan

WikiPedia: Universiti_Malaya http://kk3kurshiah.com/ http://www.malaysiakini.com/news/114479 http://www.theborneopost.com/2011/09/07/shanghai-j... http://www.topuniversities.com/universities/univer... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.topuniversities.com/worlduniversityrank... http://www.hku.hk/convocat/newsletter/web_0101/con...