Universiti_Manchester

Universiti Manchester ialah sebuah universiti sivik "batu-bata merah" yang terletak di Manchester, England. Ia adalah anggota Russell Group dari universiti-universiti penyelidikan-intensif yang besar dan N8 Group untuk kerjasama penyelidikan. Universiti ini didirikan pada 2004 oleh pembubaran Universiti Victoria Manchester (yang umumnya dikenali sebagai Universiti Manchester) dan UMIST (University of Manchester Institute of Science and Technology) dan pembentukan satu institusi gabungan bermula pada 1 Oktober. Universiti Manchester dan bekas instituti gabungannya memiliki 23 penerima Hadiah Nobel dari kalangan bekas pelajar dan kakitangannya, ketiga terbesar di United Kingdom di belakang Oxford dan Cambridge.Berikutan gabungan ini, universiti ini dinamakan Sunday Times University of the Year pada 2006 selepas memenangi hadiah sulung Times Higher Education Supplement University of the Year pada 2005.[3] Mengikut The Sunday Times, "Manchester has a formidable reputation spanning most disciplines, but most notably in the life sciences, engineering, humanities, economics, sociology and the social sciences".[4]Pada 2007/08, Universiti Manchester memiliki lebih 40,000 pelajar dalam 500 program akademik dan lebih daripada 10,000 kakitangan, menjadikannya universiti kampus-tunggal terbesar di United Kingdom.[5] Lebih ramai pelajar cuma memasuki Universiti Manchester berbanding mana-mana universii lain di negara itu, dengan lebih 60,000 permohonan untuk kursus ijazah sahaja.[4] Pada 2007 universiti ini memiliki pendapatan tahunan £637 juta.[6]Dalam penilaian kebangsaan pertama penyelidikan pendidikan tinggi sejak penubuhannya, Research Assessment Exercise 2008,[7] Universiti Manchester mendapat tempat ke-3 dari segi kekuatan penyelidikan selepas Cambridge dan Oxford dan ke-8 dari segi kualiti purata markah gred bila memasukkan institusi pengkhususan.[8] Universiti juga mendapat tempat ke-8 di Eropah dan ke-26 di dunia dalam THES - QS World University Rankings 2009.

Universiti_Manchester

Ditubuhkan pada 2004, oleh gabungan Univerisiti Victoria Manchester (didirikan 1851) dan UMIST (didirikan 1824)
Pembiayaan £127m (2009)[1]
Ijazah/Sarjana 11,850[2]
Canselor Tom Bloxham
Moto dalam bahasa Inggeris "Knowledge, Wisdom, Humanity" (bahasa Melayu: Ilmu, Kebijaksanaan, Kemanusiaan)
Penggabungan Russell Group, EUA, N8 Group, NWUA, ACU
Warna Biru, Emas, Ungu
                   
Lokasi Manchester, England
Kampus Bandar dan subbandar
Siswazah 27,310[2]
Laman web manchester.ac.uk
Naib Canselor Professor Alan Gilbert
Moto Bahasa Latin: Cognitio, sapientia, humanitas
Staf pentadbiran 10,407
Pelajar 39,165[2]