Universiti_Perubatan_Cina_Tradisional_Guangxi

Universiti Perubatan Cina Tradisional Guangxi (Guangxi Traditional Chinese Medical University) ialah institusi pengajian tinggi perubatan tradisional Cina yang tunggal di Guangxi, China.[1] Diasaskan pada 1956, ia berperanan untuk menggabungkan pengajaran, penyelidikan saintifik, dan rawatan perubatan, serta juga pengeluaran drug. Universiti ini menggaji melebihi 2,800 pensyarah serta kakitangan perubatan dan pengurusan. Jumlah pelajarnya 15,000 orang. Universiti ini menawarkan pelbagai program untuk memenuhi keperluan berbagai-bagai pelajar. Terdapat program sarjana muda, program sarjana, program 3-tahun tak berijazah, kursus gaya pos, program kelas malam, program latihan profesional, serta program untuk pelajar antarabangsa. Ia menjalani 18 jenis kursus, termasuk Perubatan Cina Tradisional, Akumoksibusi & Tuina, Perubatan Klinikal Perubatan Cina Tradisional dan Barat Bersepadu, Perubatan Klinikal, Stomologi, Kejururawatan, dan sebagainya.