Universiti_Putra_Malaysia_Kampus_Bintulu
Universiti_Putra_Malaysia_Kampus_Bintulu

Universiti_Putra_Malaysia_Kampus_Bintulu


Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak merupakan sebuah kampus cawangan kepada Universiti Putra Malaysia di Serdang Selangor. Universiti penyelidikan ini mempunyai keluasan 714 hektar dan boleh menampung seramai 3000 orang pelajar pada tahun 2021. UPM Kampus Bintulu Sarawak mempunyai 5 bidang tujahan utama iaitu Pertanian, Perhutanan, Tenaga boleh dibaharui, Kimia industri dan Ekonomi sosial.Sehingga tahun 2021, UPM Kampus Bintulu akan mempunyai program pengajian Master dan PhD secara penyelidikan dalam 45 bidang, 6 program master secara kursus, 9 program bacelor, 9 program diploma dan 1 program pra diploma sains. UPMKB mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi dengan program pengajian yang relevan dengan keperluan industri. Pelajar akan mendapat pengalaman pembelajaran yang komprehensif dibantu oleh pensyarah dengan 85% daripada mereka mempunyai kelulusan PhD.