Universiti_Sultan_Zainal_Abidin
Universiti_Sultan_Zainal_Abidin

Universiti_Sultan_Zainal_Abidin

Universiti Darul Iman Malaysia (singkatan: UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-anUniSZA setakat ini mempunyai tiga kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Tembila. UniSZA juga mempunyai sebuah lagi kampus iaitu Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur.

Universiti_Sultan_Zainal_Abidin

Ditubuhkan pada 2005
Canselor Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu
Lokasi Kuala Nerus, Malaysia
Kampus Kampus Gong Badak, Kampus Kota, Kampus Tembila dan Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur
Laman web http://www.unisza.edu.my/
Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan[1]
Moto Ilmu Demi Faedah Insan
Pelajar 8000
Jenis Awam