Universiti_Tun_Hussein_Onn_Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (singkatan: UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam sekitar,kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional. Universiti ini juga adalah salah satu daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) .