Universiti_Tunku_Abdul_Rahman
Universiti_Tunku_Abdul_Rahman

Universiti_Tunku_Abdul_Rahman

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) (Inggeris: Tunku Abdul Rahman University) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang bukan keuntungan, dan menyeluruh di Malaysia. UTAR adalah salah satu universiti swasta terunggul di Malaysia, berada di tangga 100 teratas dalam Universiti Terbaik Asia Times Higher Education 2018 [8]dan di tangga 600 teratas dalam Universiti Terbaik Dunia Times Higher Education 2020[9], berada No. 2 di Malaysia selepas Universiti Malaya. Ia ditubuhkan pada June 2002 di bawah dana nama UTAR Education Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan.[10] UTAR kini mempunyai 14 fakulti,[11] 52 jabatan akademik dan 28 pusat penyelidikan.[12]UTAR mempunyai dua kampus, Kampus Sungai Long terletak dalam Klang Valley dan Kampus Kampar berada di negeri Perak, di mana bandar tersebut dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah.[13][14] Pada June 2015, dua kampus Petaling Jaya and Kuala Lumpur telah dipindah ke kampus Sungai Long.[15]UTAR mengambil 411 pelajar bagi pengambilan pertama pada June 2002. Jumlah pelajar universiti telah berkembang pesat sejak penubuhan. Menurut salah satu penerbitan universiti, UTAR kini mempunyai melebihi 26,000 pelajar.[16]Pada permulaan, UTAR hanya mempunyai lapan program kepujian ijazah muda[17] tetapi kini menawarkan melebihi 117 program, termasuk program asas, ijazah muda berserta program ijazah lanjutan meliputi pelbagai disiplin pengajian dan penyelidikan.[18]

Rujukan

WikiPedia: Universiti_Tunku_Abdul_Rahman http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0... http://richyyc.googlepages.com/MapKamparCampus.htm http://richyyc.googlepages.com/utardevelopment.htm... http://www.topuniversities.com/universities/univer... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.topuniversities.com/university-rankings... http://www.aacsb.edu/membership/listings/all-educa... http://greenmetric.ui.ac.id/overall-ranking-2015/ http://greenmetric.ui.ac.id/overall-ranking-2016/