Unsur_kala_1

Unsur kala 1 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris pertama (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala pertama ini mengandungi bilangan unsur yang paling sedikit iaitu 2 unsur: hidrogen (H) dan helium (He). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 1s. Unsur kala 1 tidak mematuhi hukum oktet sebaliknya bilangan maksimum elektron yang boleh diterima oleh unsur-unsur ini untuk mencapai kestabilan hanya 2 (1s2); hukum ini digelar hukum duplet. Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 1 petala yang berisi elektron.
Kategori unsur dalam jadual berkala