Unsur_kala_3

Unsur kala 3 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris ketiga (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala ketiga ini mengandungi sebanyak 8 unsur iaitu natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), Fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 3s dan 3p. Unsur kala 3 mematuhi hukum oktet di mana mereka memerlukan 8 elektron yang diisi dalam petala valensnya untuk mencapai kestabilan. Jumlah maksimum elektron yang boleh diterima dan diisi dalam semua petala bagi unsur kala ini ialah 18 (1s22s22p63s23p6). Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 3 petala yang berisi elektron.
Kategori unsur dalam jadual berkala