Unsur_kumpulan_10

Unsur kumpulan 10 juga dikenali sebagai kumpulan Nikel merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-10 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan iaitu nikel (Ni), paladium (Pa), platinum (Pt), dan darmstadtium (Ds).Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. Walau bagaimanapun, paladium menunjukkan corak yang sangat berbeza.