Upin_&_Ipin:_Keris_Siamang_Tunggal

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal merupakan filem animasi pengembaraan Malaysia 2019. Filem ini menceritakan kisah si kembar dan kawannya di Kerajaan Inderaloka, di mana mereka dan watak cerita dongeng perlu pertahankan kerajaan ini daripada raja jahat yang ingin memusnahkannya. Ini merupakan filem keempat yang berdasarkan siri animasi Upin & Ipin selepas Geng: Pengembaraan Bermula (2009), Laksamana Upin & Ipin (2009/2012), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016). Versi asal bahasa Melayu ditayangkan pada 21 Mac 2019 secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Upin_&_Ipin:_Keris_Siamang_Tunggal

Bahasa Bahasa Melayu
Pengarah Ahmad Razuri Roseli
Adam Amiruddin
Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
Penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi
Hajah Ainon Ariff
Pecah panggung RM 26 juta[1]
Mula ditayangkan 21 Mac 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
26 April 2019 (Vietnam)
9 Mei 2019 (Indonesia)
26 Ogos 2019 (Filipina)
Syarikatpenerbitan
Tempoh tayangan 1 jam 40 minit
Negara Malaysia
Pengedar GSC Movies
Perbelanjaan RM 20 juta