Kehidupan peribadi Uqasha Senrose

Kehidupan peribadi Uqasha banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan lelaki, malah terdapat segelintir pihak beranggapan beliau sering bertukar-tukar teman lelaki.[16][17]

Uqasha mendedahkan beliau tidak lagi bertudung selepas tiga tahun dalam satu temuramah eksklusif bersama Berita Harian pada 28 Ogos 2016: "Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan."[18] Uqasha turut mendakwa gagal menerima petunjuk hidayah.[19] Keputusan beliau menanggalkan tudung telah mengejutkan banyak pihak.[20] Menurut laporan Berita Harian, tahun 2016 disifatkan sebagai tahun kontroversi Uqasha kerana kisah kehidupan peribadinya lebih diperkatakan berbanding kerjayanya.[21]

Uqasha sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad.[22] Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, namun hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan akibat perbezaan kreatif.[23] Pada 8 Disember 2017, Uqasha diancam oleh seorang pengikut Instagram belliau, yang ingin meminta gambar bogelnya.[24][25]

Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia, Uqasha menyatakan tidak pernah rasa tercabar dengan kehadiran wajah dan bakat baharu dalam memeriahkan dunia seni tempatan.[26] Pada 8 Mei 2018, Uqasha telah ditahan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan Chanel miliknya. Beliau turut mengesahkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya disahkan negatif dan dibebaskan dengan ikat jamin.[27] Uqasha turut mendakwa beliau disabotaj.[28][29][30]

Pada awal 12 Ogos 2018, Uqasha mendedahkan dakwaan kes dadah ke atasnya telah selesai dan beliau tidak lagi di bawah siasatan polis.[31][32]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Uqasha Senrose http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/teater-ombak... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-jual... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/uqasha-se... http://www.broframestone.com/2013/08/paku-pontiana... http://www.budiey.com/drama-bersiri-seram-qarin-uj... http://www.imdb.com/name/nm5903448/ http://www.kbergetar.com/2014/11/sedalam-mana-cint... http://www.sentiasapanas.com/2016/08/uqasha-senros... http://lukisanhatimovie.blogspot.my/ http://www.hmetro.com.my/node/122904