Kerjaya Uqasha Senrose

Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik dalam talian dengan judul sama, ketika itu beliau menggunakan nama sebenar Zaris Uqasha.[4]

Tiga tahun kemudian, iaitu pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail “Bob” Hasim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim.[5] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Rania dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.

Uqasha kemudiannya berlakon di samping Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Bencinta arahan Eyra Rahman.[6] Beliau membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Ombak Rindu yang dipentaskan pada 22 April hingga 1 Mei 2016; Uqasha memegang watak sebagai Izzah yang sebelum ini dilakonkan oleh Maya Karin dalam filem dengan judul sama yang dikeluarkan pada 2011.[7][8]

Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell. Uqasha memegang peranan sebagai Laili dalam Kerana Anisa dan Puteri Emallyn dalam Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura dan Fattah Amin. Uqasha merupakan salah seorang pelakon utama drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan; memegang watak sebagai Arissa.[9]

Bekerja di bawah arahan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Uqasha bersama Zul Ariffin menjayakan peranan utama bersama Datuk Awie dalam filem Hantu Kak Limah 3;[10] beliau memegang watak Puteri Bunian bernama Eton yang bercinta dengan Husin.[11]

Uqasha menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang dijangka akan bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.[12][13]

Beliau digandingkan bersama Zizan Razak dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, ia turut dibintangi oleh Nadiyah Shahab.[14][15]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Uqasha Senrose http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/teater-ombak... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-jual... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/uqasha-se... http://www.broframestone.com/2013/08/paku-pontiana... http://www.budiey.com/drama-bersiri-seram-qarin-uj... http://www.imdb.com/name/nm5903448/ http://www.kbergetar.com/2014/11/sedalam-mana-cint... http://www.sentiasapanas.com/2016/08/uqasha-senros... http://lukisanhatimovie.blogspot.my/ http://www.hmetro.com.my/node/122904