Uqasha_Senrose
Uqasha_Senrose

Uqasha_Senrose

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992)[2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.[3] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi. Beliau kemudiannya muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin. Beliau juga telah muncul dalam drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan sebagai Arissa bersama sama Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim dan Mira Filzah.

Uqasha_Senrose

Pekerjaan Pelakon, model
Ibu bapa Nik Sen Mat Rifin (Bapa)
Rosmizai Mohd Noor (Ibu)
Tahun aktif 2010–kini
Nama lain Uqasha, Qasha
Berat 66 kg (146 lb; 10.4 st)
Saudara Nelissa Senrose (Kakak Kandung)
Nelydia Senrose (Adik Kandung)
Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Octovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Keluarga Rosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)
Kelahiran Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen
(1992-07-06) 6 Julai 1992 (umur 27)[lower-alpha 1]
Kota Bahru, Kelantan, Malaysia[1]
Ketinggian 1.66 m (5 ka 5+3⁄8 in)
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Uqasha_Senrose http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/teater-ombak... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-jual... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/uqasha-se... http://www.broframestone.com/2013/08/paku-pontiana... http://www.budiey.com/drama-bersiri-seram-qarin-uj... http://www.imdb.com/name/nm5903448/ http://www.kbergetar.com/2014/11/sedalam-mana-cint... http://www.sentiasapanas.com/2016/08/uqasha-senros... http://lukisanhatimovie.blogspot.my/ http://www.hmetro.com.my/node/122904