Sejarah Uranium

Unsur uranium ditemui oleh pakar kimia Jerman, Martin Heinrich Klaproth pada tahun 1789. Beliau berjaya memendakkan suatu mendakan kuning dengan melarutkan uraninit ke dalam asid nitrik lalu menggunakan natrium hidroksida untuk meneutralkan larutan.[1] Beliau kemudiannya memanaskannya dengan arang batu lalu mendapat oksida uranium, tetapi disangkanya sebagai logam uranium tulen.[1][2] Beliau menamakan unsur itu sebagai uranium sempena planet Uranus yang ditemui lapan tahun sebelumnya.[3]

Penghasilan logam uranium tulen pertama kali dilaksanakan oleh Eugène-Melchior Péligot pada 1841 melalui tindak balas uranium tetraklorida dan kalium.[4]