Usulan_pindaan_Perlembagaan_Malaysia_2019
Usulan_pindaan_Perlembagaan_Malaysia_2019

Usulan_pindaan_Perlembagaan_Malaysia_2019

Usulan pindaan Perlembagaan Malaysia 2019 (atau Pindaan Perkara (1) 2 Perlembagaan Malaysia) atau lebih biasa dikenali sebagai Pengembalian Kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai Rakan Kongsi dalam Persekutuan Malaysia ialah pindaan perlembagaan yang telah diusulkan di Parlimen negara (Dewan Rakyat) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan kedudukan kini kedua-dua negeri berkenaan di Malaysia Timur Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam kandungan asal Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada tahun 1963.[1][2][3]Melalui bacaan kedua Rang Undang-Undang diikuti lebih daripada enam jam perbahasan di Parlimen negara pada 9 April,[4][5] rang undang-undang bagi pindaan perlembagaan tidak dapat diluluskan berikutan kegagalan mencapai sokongan majoriti dua pertiga (148 undian) dengan 138 ahli parlimen (MP) (kebanyakannya terdiri daripada kerajaan dan parti-parti bersekutu) menyokongi langkah bagi mengembalikan kedudukan dua entiti manakala 59 (kebanyakannya terdiri daripada MP dari pembangkang) memilih untuk "tidak mengundi" dalam pengundian ini, dengan tiada MP dari kedua-dua pihak puak politik menentang pindaan ini.[6][7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Usulan_pindaan_Perlembagaan_Malaysia_2019 http://www.mysinchew.com/node/121259 http://www.dailyexpress.com.my/news/133634/status-... //doi.org/10.1177%2F186810341803700308 https://www.channelnewsasia.com/news/asia/sabah-sa... https://www.channelnewsasia.com/news/commentary/sa... https://books.google.com/books?id=6Sp8Ix7_8IsC&pg=... https://books.google.com/books?id=F7W4AAAAIAAJ&q=s... https://books.google.com/books?id=IdFRAQAAMAAJ&q=R... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/09... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/09...