Utopia_(majalah)
Utopia_(majalah)

Utopia_(majalah)

Utopia merupakan majalah komik hiburan keluaran Kumpulan Art Square yang terdapat di pasaran Malaysia. Majalah ini mula diterbitkan pada November 2002. Empat isu pertama majalah ini diterbitkan sebagai majalah bulanan. Bermula dari isu kelima, sehingga majalah ini ditamatkan penerbitan pada 15 Jun 2011 (isu 204), ia diterbitkan sebagai majalah dwibulanan. Selain komik, majalah ini turut menampilkan pelbagai maklumat mengenai hiburan seperti filem, muzik dan drama dari Malaysia serta seluruh dunia.Pada 1 Januari 2009, Utopia telah mengubah konsep muka depannya pada isu ke 145 supaya berbentuk lebih menarik dan moden. Harga majalah ini adalah RM3.90 dalam tempoh setahun pertama, dan dinaikkan kepada RM4.20 bermula isu 25 sehingga majalah itu ditamatkan penerbitannya.