Kerjaya Uyaina_Arshad

Uyaina bergiat aktif sebagai pelakon teater semasa menuntut di menara gading dan mula dikenali umum sebagai pemenang Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, sekaligus dinobatkan sebagai Juara.[3] Kemudian, beliau telah ditawarkan untuk mengacarakan rancangan Nona dari 2016 hingga 2017 menggantikan Fouziah Gous.[4][5][6][7][8] Pada tahun 2017, Uyaina telah ditawarkan pula untuk menjadi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 bersama Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Sugeeta Chandran.

Pada Mei 2018, beliau telah menyertai Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang buat julung kalinya diadakan di Indosiar. Beliau telah muncul sebagai Juara dengan mengalahkan 17 peserta lain dari 6 buah negara; Indonesia, Malaysia, Singapura, Turki, Brunei dan Timor Leste.[9]

Kerjaya Uyaina mula memuncak bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia. Memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.[10] Kerjayanya dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Rujukan

WikiPedia: Uyaina_Arshad http://www.azhan.co/biodata-uyaina-arshad-pengacar... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/siapa-j... https://www.facebook.com/UyainaArshad.Official https://www.instagram.com/uyainaarshad/ https://twitter.com/UyainaArshad https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/node/257588 https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/485247/sim...