Trivia V.E

  • Menerusi album Extreme Pleasure yang pertama, V.E dan Ruffedge masing-masing menerima pencalonan dalam kategori Artis Harapan Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Walaupun nama Ruffedge yang diumumkan sebagai pemenang namun kejayaan itu tetap mereka kongsi bersama.
  • V.E telah digandingkan dengan penyanyi Misha Omar untuk membuat persembahan di Anugerah Era ke-3 pada bulan Oktober tahun 2003, menyampaikan lagu Ayu yang digabungkan dengan lagu Bunga-bunga Cinta. Persembahan mereka telah mendapat 'standing ovation' dari bukan saja dari para penonton malah artis-artis yang hadir di majlis tersebut. Banyak pihak mula membuka mata terhadap bakat yang dimiliki oleh V.E dan peluang demi peluang mula menghujani mereka selepas acara tersebut.
  • Menerusi album For You pula, V.E telah dinobatkan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah Era ke-5 pada tahun 2005. Ini adalah kemenangan pertama V.E setelah dua tahun berturut-turut tewas kepada Too Phat.
  • Lagu Pop Ye Ye telah berjaya memasuki peringkat akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu ke-20, juga pada tahun 2005. Bagaimanapun rezeki berpihak kepada penyanyi Hazami yang mempertaruhkan lagu Kata.
  • V.E menggungguli kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang diadakan pada tahun 2006 menewaskan pesaing-pesaing hebat iaitu Ruffedge (album Ruffera), Too Phat (album Rebirth Into Reality), Rabbani (album Suara Takbir) dan Raihan (album Ameen).
  • V.E telah diberi peluang untuk berduet dengan Amy Search menyampaikan lagu Rozana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.
  • Pada tahun 2007, Lah terpilih menggantikan penyanyi Indonesia, Rio Febrian sebagai pasangan duet Jaclyn Victor di Anugerah Juara Lagu ke-22 untuk lagu Ceritera Cinta (bertanding dalam kategori Balada) dan berjaya memenangi trofi Persembahan Vokal Terbaik.
  • Zaf dan Lah pernah menyertai program realiti TV3, Mentor sebagai mentor kepada protege yang dilatih sebagai penyanyi. Zaf pada tahun 2006 (musim kedua) dan Lah tahun 2009 (musim ketiga).
  • Damian pernah menjadi penasihat vokal untuk program realiti TV3, Gangstarz musim kedua pada tahun 2008. Beliau juga turut menjadi juri ujibakat Akademi Fantasia 2013.