VIZ_Media

Viz Media, LLC, beribu pejabat di San Francisco, California, ialah sebuah syarikat Amerika berkaitan dengan anime dan manga Jepun, dibentuk melalui gabungan Viz, LLC dan ShoPro Entertainment. Syarikat ini seringkali dirujuk sebagai "Viz", nama yang digunakan juga dalam kewujudan Viz LLC sebelum ini. Viz juga mengeluarkan majalah ulasan tentang manga dan anime, iaitu Animerican; serta sebuah versi bahasa Inggeris untuk majalah manga shonen Weekly Shonen Jump keluaran Shueisha dan manga bulanan shōjo berjudul Shojo Beat.Sebelumnya, Viz telah menerbitkan Animerica Extra, sebuah manga antalogi bulanan (yang diubah menjadi sebahagiannya shōjo menerusi keluarannya), dan majalah Pulp, sebuah majalah manga antalogi bulanan yang mempunyai kandungan bukan umum, yang mempamerkan jalan cerita yang tidak bersesuaian untuk pembaca-pembaca muda, walaupun tidak mengandungi unsur pornografi (sila lihat seinen, josei).