VTOL
VTOL

VTOL

VTOL adalah merupakan singkatan bagi pesawat Vertical Take-Off and Landing (bahasa Melayu: Pelepasan dan Pendarat Menegak). Pengelassan ini termasuk pesawat kepak kaku yang boleh terapung-apung semasa hendak berlepas dan mendarat, helikopter dan pesawat lain yang dikuasi oleh kipas, seperti contoh rotor condong.[1][2][3][4] Autogiro, belon udara, kapal udara dan roket biasanya tidak dianggap sebagai sebuah pesawat VTOL. Beberapa pesawat VTOL juga boleh digunakan di dalam mod-mod lain seperti CTOL (Conventional Take-off and Landing), STOL (Short Take-Off and Landing), dan/atau STOVL (Short Take-Off and Vertical Landing). Lain-lain, seperti beberapa jenis helikopter, hanya boleh dioperasikan di dalam mod VTOL, disebabkan pesawat ini memiliki kekangan giar pendaratan yang boleh mengendalikan pergerakkan mendatar. VTOL juga merupakan pecahan kepada V/STOL.Selain daripada helikopter, terdapat dua jenis pesawat VTOL yang berada di dalam perkhidmatan tentera: iaitu kapal yang menggunakan rotor condong, seperti Bell Boeing V-22 Osprey, dan pesawat yang menggunakan tujahan jet tertumpu seperti pesawat dari keluarga Harrier.