Vaksin_influenza
Vaksin_influenza

Vaksin_influenza

? (AS) ? (AS) Vaksin influenza, juga dikenali sebagai suntikan flu, merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada influenza.[1] Versi baharu vaksin ini dibangunkan dua kali setahun kerana virus influenza berubah dengan cepat.[1] Kebanyakan vaksin ini memberi perlindungan yang sederhana sehingga tinggi daripada influenza, tetapi kadar perlindungan ini berbeza dari satu tahun ke tahun yang lain.[2][1] Bukti perlindungan dalam kalangan orang dewasa yang berumur melebihi 65 tahun adalah lemah.[3][4] Vaksin ini menurunkan bilangan hari tidak bekerja sebanyak setengah hari secara purata.[5] Memvaksinkan kanak-kanak mungkin melindungi orang yang berada di sekeliling mereka.[1]Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan hampir semua orang yang bermur melebihi 6 bulan divaksinkan setiap tahun.[1][6] Terutama sekali wanita yang hamil, kanak-kanak yang berumur antara enam bulan sehingga lima tahun, mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, Orang Asli Amerika, dan mereka yang bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan.[1][7]Secara amnya, vaksin ini adalah selamat. Dalam kalangan kanak-kanak, demam berlaku dalam 5 hingga 10%, begitu juga sakit otot, keletihan. Pada tahun-tahun tertentu, vaksin ini menyebabkan sindrom Guillain Barre dalam kalangan orang yang meningkat umur, dalam kira-kira satu setiap juta dos. Ia tidak boleh diberikan kepada mereka yang mengalami alergi yang teruk terhadap telur atau versi vaksin yang terdahulu. Vaksin ini ada dalam bentuk virus tidak aktif dan virus dilemahkan. Versi virus tidak aktif hendaklah digunakan untuk mereka yang hamil. Ia disediakan dalam bentuk suntikan ke dalam otot atau disembur ke dalam hidung.[1]Pemvaksinan terhadap influenza bermula pada tahun 1930-an dengan ketersediaan pada skala yang besar di Amerika Syarikat bermula pada tahun 1945.[8][9] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang disyorkan untuk sistem kesihatan asas.[10] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 5.25 dolar Amerika sedos.[11] Di Amerika Syarikat, harganya kurang daripada 25 dolar.[12]